Peranan Kerajaan Dan Pihak
Swasta Dalam Membangunkan Budaya Keusahawanan
Kerajan
Malaysia menubuhkan beberapa agensi untuk memberi bantuan dalam bidang latihan,
pendidikan, kewangan bimbingan dan khidmat nasihat serta ruang niaga untuk
melahirkan lebih ramai usahawan.
Pusat pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)
- MEDEC ditubuhkan untuk mengelolakan rancangan penyelidikan, pendidikan, dan
penyelenggaraan khidmat perundingan keusahawanan
-
Pusat ini mengendalikan program latihan untuk membantu usahawan seperti program
:
a) Latihan dan kemajuan usahawan
b) Pembangunan Perniagaan
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
-
MARA ditubuhkan
bertujuan membantu bumiputera dalam kegiatan perniagaan dan perindustrian.
- memberi latihan dan
khidmat nasihat tentang keusahawanan serta bantuan kewangan melalui Skim
Pinjaman MARA
Institut Piwaian dan Penyelidikan
Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad)
- SIRIM memastikan barang keluaran tempatan mencapai tahap mutu yang
ditetapkan.
- Barang yang menepati
piawaian akan diperakui dengan cap SIRIM
- Menyampaikan maklumat
tentang penyelididkan, hasil keluaran, perubahan teknologi, pemprosesan
sesuatu barang dan pasaran
- Menilai sesuatu
keluaran baru sebelum keluaran tersebut dipasarkan
Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
-
PKEN ditubuhkan untuk
membangunkan ekonomi negeri dengan mengusahakan syarikat perbadanan
berkenaan secara usahasama dengan syarikat-syarikat tempatan atau luar negara.
- Membeli saham
syarikat-syarikat tertentu sebagai pelaburan
- Menyediakan ruang
niaga di lokasi yang sesuai
UDA Holdings Berhad (UHB)
-
UDA menyedia dan
melaksanakan projek dibandar bagi pembangunan, penempatan, perdagangan dan
perindustrian.
- Menyediakan infrastruktur seperti tempat letak kereta, taman rekreasi
dan ruang niaga.
Institut Penyelididkan dan Pembangunan
Pertanian Malaysia (MARDI)
-
MARDI menjalankan
kajian dan penyelidikan terhadap pengeluaran tanaman (kecuali getah dan
kelapa sawit)
- Menjalankan kajian dan
penyelidikan terhadap penyediaan dan pembungkusan hasil keluaran ladang
serta makanan.
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(MIDA)
- MIDA ditubuhkan
untuk memaju dan menyelaraskan kegiatan pembangunan perindustrian di Malaysia.
- Memberi khidmat
nasihat kepada kerajaan dan usahawan tentang pembangunan perindustrian
- Mengurus
permohonan lesen,dan pelepasan cukai import.
Peranan nilai, adat dan institusi keluarga
dalam keusahawanan.
a)
Pengalaman Semasa Kanak-kanak
-
Kesan pengalaman awal seperti bekerja keras, berdikari,
dan gigih akan lebih cenderung untuk membentuk sifat keusahawanan.
- Sifat keusahawanan muncul
apabila individu cuba mengawal diri dengan jaya.
- Sentiasa mendapat peluang
untuk menjadikan usaha satu kejayaan.
b)
Desakan Ekonomi
-
Kaum pendatang yang berhijrah ke negara lain
kerana peperangan, tekanan politik, ekonomi dan lain-lain
- Pendedahan yang luas kepada persekitaran yang
lebih maju dan lebih ke hadapan akan mengilhamkan idea untuk membina semangat
dan kemahuan untuk turut menjadi maju.
- Menghasilkan budaya berusaha gigih yang
menjadi ikutan turun temurun.
c) Cara dibesarkan
-
Mengikut kajian, anak kepada usahawan
mempunyai kecenderungan lebih untuk menjadi usahawan.
- Faktor pendedahan semenjak kecil dan persepsi
anak tentang keusahawanan dipengaruhi oleh pemikiran bapanya.
- Pendedahan
harian kepada aktiviti berniaga boleh menimbulkan minat seseorang terhadap
bidang perniagaan.