src="https://bitly.com/24workpng1" alt="Blogger Templates" border="0" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" > E-Station: September 2014

Saturday 27 September 2014

Usahawan Ketiga: Datuk Steven Sim

Datuk Steven Sim


Biodata
Nama:          Datuk Steve Sim
Umur:           55 tahun
Asal:              Kota Bharu, Kelantan
Jawatan:       Pengasas Secret Recipe

Sebab-sebab saya memilih usahawan ini :

Datuk berjaya membawa pencuci mulut yang mendapat sambutan yang sangat baik di masyarakat barat kepada masyarakat Melayu yang suka makan kerepek atau yang tidak suka produk Barat. Tetapi, Datuk telah memilih kek sebagai produk utamanya kerana masyarakat Melayu, Cina, India sama ada Barat akan membeli kek untuk pelbagai tujuan, iaitu menyambut hari jadi, Hari Ibu, Hari Bapa atau menyambut sesuatu kejayaan. Selain itu, Datuk juga memperkenalkan konsep baru, iaitu Secret Recipe bukan menjual kek sahaja dan juga menjual nasi, pasta, mee dan sebagainya. Datuk juga memperkenalkan konsep kedai makan yang baru di Secret
Recipe. Konsep kedai makan kebiasaan dikenalkan di restoran tetepi bukan di kedai kek. Datuk telah memperkenalkan konsep yang baru dan unik dan Datuk juga bekerja keras demi menunaikan konsep walaupun perjalanan untuk menunaikan konsep tersebut sangat susah dan Datuk telah membuktikan konsep beliau dengan kejayaan. Inilah sebab-sebab saya memilih Datuk Steven Sim, pengasas Secret Recipe.

Latar Belakang

MENAUNGI kira-kira 3000 pekerja di seluruh negara - 95 peratus rakyat tempatan, selebihnya dari negara jiran. Lebih menarik lagi 98 peratus daripada keseluruhan pekerjanya Melayu beragama Islam. Angka itu membuatkan keterujaan mahu menyelongkar di sebalik nama Datuk Steven Sim meluap-luap. Tidak banyak tulisan mengenainya sedangkan jenama Secret Recipe yang diasaskan beliau membina nama ke peringkat antarabangsa. Secret Recipe lebih menonjol daripada tuannya - kesempatan bersembang dua jam dengan Steven cukup untuk menjawab perbandingan tersebut.

Anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan itu hakikatnya amat merendah diri. Prinsip hidupnya antara lain jangan tamak. ''Kita dilahirkan kosong, bila mati pun tak bawa apa-apa,'' kata anak bongsu lapan beradik yang mengkategorikan kehidupan masa kecilnya susah. Suasana kampung sarat dengan kekurangan menjadikan Steven manusia kreatif. Semua permainan dibuat sendiri. Jika budak-budak lain membuat wau biasa, Steven menambah nilai misalnya memastikan wau hasil tangannya mempunyai bunyi berdengung. Untuk bermain hoki pelepah kelapa 'dikemaskan' manakala biji getah digosok hingga licin sehingga ada rakan tertarik lalu membelinya selain aktiviti menangkap ikan yang kemudiannya juga menjadi hasil jualan.

Majoriti rakan Steven berbangsa Melayu sementelah dia sendiri membesar di perkampungan Melayu. Hubungan dengan jiran biar berbeza bangsa sangat rapat, manakala di kalangan rakan-rakan tidak pernah berbangkit soal tidak boleh bermain bersama semata-mata kerana 'aku Melayu dan engkau Cina'.

Mengakui dilahirkan dengan bakat berniaga, bagi Steven jiwa keusahawanan bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari atau boleh dibuat-buat. Sebagai anak bongsu dia sering mempertahankan haknya, lantang meluahkan perasaan. ''Anak bongsu biasalah abang-abang suka mengusik, buli. Tetapi saya ada keberanian untuk bersuara,'' katanya.
Pernah bercita-cita mahu menjadi Pereka Hiasan Dalaman, namun siapa sangka rezeki Steven melimpah-ruah dalam bidang perniagaan makanan. Itu pun bukan pekerjaan pertamanya. Dia pernah berkhidmat dengan syarikat antarabangsa dalam bidang pemasaran dan jenama khusus menyelia rangkaian pejabat di negara-negara Asia Pasifik. Banyak yang dipelajari terutamanya apabila berpeluang melawat pelbagai negara sepanjang kariernya itu. Steven gemar melancong namun dia tidak mahu pulang kosong. Dia menjadi pemerhati kepada gaya hidup masyarakat di negara yang dilawatinya. Setiap persoalan seperti mengapa penduduk Dubai makan lewat malam, penduduk Australia cepat menghabiskan kerja dianalisis dan dicari jawapan.

Ditanya bagaimana Secret Recipe bermula, Steven mengimbas kenangan kira-kira 14 tahun lalu di mana dia dan tiga anak saudaranya memulakan perniagaan kek dan kopi menggunakan konsep baru. ''Ketika itu saya merasakan ada sesuatu yang kurang dalam perniagaan makanan di negara kita. Kita ada fine dining di hotel-hotel, manakala kedai makan biasa selalunya serba ringkas dan kurang menjaga kebersihan.

''Tidak ada casual dining di mana kita boleh menikmati hidangan sambil bersantai dalam suasana yang menarik dengan harga makanan tidak terlalu mahal,'' katanya.

Dari situ bermulalah premis pertama Secret Recipe di SS2 Petaling Jaya. Anak tangga pertama tidak mudah didaki lantaran tiada siapa tahu tentang jenama itu. Oleh kerana tidak cukup modal untuk mengiklankan tentang outlet pertama, Steven melakukan pemasaran sendiri menawarkan kopi percuma. Ternyata ada perkembangan positif, daripada menikmati kopi percuma pelanggan mencuba pula kek-kek yang dijual di situ. Steven tidak lupa pengalaman yang mendedahkan Secret Recipe kepada dunia sebenar. Seorang wartawan dari majalah KL Vision mencuba kek kejunya dan mencadangkan supaya dia menyertai pertandingan kek keju tahunan. Apabila tiba hari pertandingan Steven langsung tidak membuat persiapan kerana terlupa tarikh yang dimaklumkan kepadanya. Dia cuma menghantar kek keju biasa dan tidak menaruh harapan untuk menang. ''Semasa itu peserta terdiri daripada chef-chef hotel terkenal, sedangkan Secret Recipe tak ada siapa pun yang kenal, hakim-hakim pun tak tahu tentang kami,'' katanya tidak menyangka ketika itu kek keju Secret Recipe memenangi Grand Champion. Selepas itu anugerah yang diterima Secret Recipe tidak terhitung. Terlalu banyak dan pelbagai sehingga memupuk kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap jenama tersebut.

Ditanya tentang nama Secret Recipe, Steven berkongsi cerita. Katanya, dia sememangnya seorang yang suka bekerja. Otaknya juga tidak berhenti bekerja walaupun ketika tidur. Lebih menarik lagi, di sisi katilnya mesti ada kertas dan pen. Tangannya akan menulis apa yang tercetus semasa tidur. Itu keistimewaan bapa kepada lima anak itu. Dia memberitahu nama Secret Recipe diperoleh semasa di Hong Kong. Seperti biasa bangkit daripada tidur dia membelek kertas kecil di meja sisi dan perkataan Secret Recipe tertera di situ.

Perkembangan Secret Recipe yang memberangsangkan memberi idea kepada Steven untuk memfrancaiskan jenama tersebut. Bermula dengan saudara mara dan rakan-rakan rapat, Steven secara perlahan-lahan menyerahkan kepercayaan kepada sesiapa saja yang memenuhi kriteria untuk menyertai francais Secret Recipe. Kini terdapat kira-kira 200 outlet di seluruh negara. Dia yang masih belum berpuas hati mahu mengembangkan jenama makanan Malaysia ke luar negara.

''Kita lihat masyarakat antarabangsa mudah mengenali makanan Thai, Jepun, Vietnam, China dan sebagainya tetapi makanan Malaysia sukar menembusi imej antarabangsa.
''Dari situ lahir keinginan saya untuk meneroka pasaran luar biar pun saya telah menjangkakan cabaran yang dihadapi bukan sedikit,'' katanya.

Steven berkongsi pengalaman memperkenalkan Secret Recipe di negara jiran Singapura. Hasrat membuka outlet di Orchard Road kecundang lantaran jenama Malaysia dipandang rendah. Tidak berputus asa dia mencuba di kawasan lain di republik itu ternyata sambutan yang diterima amat menggalakkan. Tatkala berjaya mencipta nama di situ, Steven ditawarkan ruang perniagaan di Orchard Road. Tidak terhenti di situ, dua kali dia didatangi pihak pelaburan Singapura mencadangkan supaya ibu pejabat Secret Recipe dipindahkan ke negara itu. Pelbagai tawaran menarik turut mengiringi jemputan tersebut. Namun jati diri anak Kelantan itu ternyata kukuh, tidak mudah terpesona dengan tawaran yang sememangnya tidak diperoleh di negara sendiri.

Kini dengan pasaran menjangkau ke China, Australia, Filipina, Thailand, Brunei, Indonesia dan beberapa negara lagi, percaturan Steven bersama tiga anak saudaranya pada tahun 1997 untuk mengangkat jenama Malaysia ternyata tidak silap. Dia juga bersungguh-sungguh memastikan jenama Malaysia itu membawa sijil Halal biar di mana saja ia dibuka lantaran percaya industri makanan halal amat luas untuk diteroka. Umat Islam ada di mana saja untuk menikmatinya selain orang bukan Islam yang juga percaya kepada kebersihan produk Secret Recipe selain kualiti hidangan yang disajikan.


Bagaimanakah Datuk memulakan perniagaan beliau? 


Semasa diawalkan pembukaan, Secret Recipe kurang mendapat sambutan. Oleh itu, beliau mengedarkan flyers yang tertera "free coffee" dengan berjalan kaki. Seperti yang kita sedia maklum masyarakat Malaysia sukakan benda yang percuma. Ole itu, ramai pelanggan datang ke warung Secret Recipe mencuba pelbagai kek yang ada. Dato Steven Sim mengambil peluang tersebut untuk mendapat maklum balas kepuasan pelanggan, dan daripada komen-komen yang diberi beliau mengubah kek-kek tersebut mengikut cita rasa masyarakat Malaysia.


Bagaimanakah Datuk mengembangkan perniagaan beliau? 

Kini terdapat 270 kafe Secret Recipe di lapan buah negara termasuk di Australia dengan lebih 3,500 pekerja. Secara puratanya, kesemua kafe Secret Recipe mencatat jualan sebanyak RM400 juta setahun. Daripada jumlah ini, RM150 juta dijana oleh 50 cawangan yang dimiliki sendiri oleh Secret Recipe, dengan catatan untung bersih sebanyak RM20 juta.
Apakah resipi rahsia Steven Sim, seorang usahawan yang ‘low profile’, dalam membangunkan jenama Secret Recipe hingga mencapai tahapnya sekarang?
#1 - Pilih produk yang tepat untuk pasaran
Steven Sim memilih kek sebagai produk utamanya kerana walau pun ia berasal dari Barat, ia merupakan makanan universal dan terdapat dalam setiap kebudayaan, bangsa dan negara.
Ia merupakan produk yang mudah dan juga tergolong dalam kategori produk yang menyeronokkan, serta diminati setiap orang tidak kira kanak-kanak, remaja, orang muda mahupun orang tua.
#2 – Perkenalkan konsep yang unik dan baru
Steven Sim mengambil keputusan untuk menceburi bisnes ini apabila mendapati terdapat kekurangan yang ketara, dalam konsep kafe yang menawarkan suasana menikmati hidangan yang kasual dan santai pada ketika itu.
rahsia-kejayaan-secret-recipe-3
Pada waktu itu, konsep kedai makan adalah lebih kepada restoran, warung atau restoran makanan segera bagi pasaran pelanggan berpendapatan sederhana, dan hotel atau restoran mewah bagi pasaran pelanggan berpendapatan tinggi.
Steven Sim mengenalpasti kekosongan ini sebagai peluang, dan mengambil risiko memperkenalkan konsep menikmati hidangan dalam suasana kasual, santai namun elegan.
#3 – Bina pasukan kerja yang berkemahiran
Pada peringkat awal, Steven Sim bekerjasama dengan tiga orang anak saudaranya untuk memulakan bisnes. Ketiga-tiga anak saudaranya mempunyai kemahiran dalam bidang pembuatan kek, dan membangunkan produk-produk baru yang mampu menarik perhatian dan selera pelanggan.
Manakala Steven pula mempunyai kemahiran dalam bidang pemasaran, penjenamaan dan khidmat pelanggan.
#4 – Hasilkan perancangan yang jelas
Pada peringkat awal, Steven Sim memfokuskan pada strategi membina jenamanya untuk membezakan Secret Recipe dengan pesaing. Ini termasuklah mencipta logo, memilih warna korporat bisnes, memperincikan strategi pemasaran, menghasilkan uniform pekerja, merekabentuk paparan menu hidangan, menetapkan hiasan dalaman (interior design) kafe, dan mewujudkan standard bagi khidmat pelanggan.
Menurut Steven Sim, membina jenama yang berjaya dan bertahan lama memerlukan usahawan mengenalpasti kekuatan yang ada pada jenamanya, memfokuskan strategi pada kekuatan tersebut, dan membinanya secara konsisten.
Sejajar dengan kemajuan bisnes yang mempunyai 15 cawangan pada tahun 2000, Steven Sim menawarkan pula francais kepada usahawan yang berminat kerana beliau yakin, itu merupakan strategi terbaik untuk mengembangkan bisnesnya.
#5 – Sesuaikan produk dengan ‘selera’ tempatan
Sebelum memasuki sesuatu pasaran di negara baru, Steven Sim akan melakukan kajian pasaran berkaitan gaya hidup, pembezaan budaya, jenis makanan utama dan budaya pemakanan masyarakat di negara tersebut. Ini bagi memastikan produk Secret Recipe mudah diterima oleh masyarakat tempatan tersebut.
Contohnya, produk Secret Recipe bagi pasaran Thailand dan Indonesia lebih pedas, berbanding di Malaysia. Manakala bagi pasaran China, Secret Recipe memperbanyakkan menu berasaskan mee seperti char kuey teow, mee Hokkien dan mee Kantonis.
#6 – Jaga kualiti produk
Sebagai sebuah jenama yang mempunyai kehadiran di pelbagai negara, cabaran paling besar yang dihadapi oleh Steven Sim adalah memastikan kualiti produk yang konsisten, di setiap cawangan terutamanya rasa bagi setiap menu (kecuali menu yang perlu diubahsuai berdasarkan citarasa tempatan).
rahsia-kejayaan-secret-recipe-1
Untuk tujuan ini, Steven Sim mewujudkan sistem pengurusan seperti mewujudkan pasukan pengurus-pengurus francais, yang bertanggungjawab memeriksa tahap kualiti produk secara kerap, di setiap cawangan dan menjalankan latihan pekerja.
Pasukan pengurusan ini hanya dipertanggungjawabkan untuk fokus dalam membantu setiap cawangan francais, untuk memastikan setiap darinya mencapai tahap kualiti yang ditetapkan.
#7 – Berfikiran besar
Walaupun telah mempunyai 15 cawangan pada tahun 2000, termasuk satu di Singapura, Steven Sim tidak berpuas hati dengan hanya mencapai tahap itu. Pada tahun yang sama beliau mengorak langkah untuk membina Secret Recipe menjadi jenama global, dengan meneroka pasaran Thailand.
Seperti yang dinyatakan di awal artikel, kini terdapat 270 cawangan Secret Recipe di mana 80 darinya terletak di luar negara.
Dan untuk dua tahun yang akan datang, Steven Sim telah merancang untuk meluaskan jenama Secret Recipe ke Kemboja, Vietnam dan Timur Tengah.
#8 – Percaya pada diri sendiri
Sebelum menjadi usahawan, Steven Sim pernah memegang beberapa jawatan tinggi seperti pengarah urusan Modern Mum Sdn Bhd, pengarah Tony & Guy Hairdressing dan pengarah pemasaran Tigi Asia Pty Ltd dengan gaji mencecah lima angka.
Walaupun telah selesa dengan kedudukannya ketika itu, beliau percaya dengan kemampuan dirinya untuk menjadi usahawan yang berjaya, dengan menjadi kreatif dan mencipta sesuatu yang disukai orang ramai.
Steven Sim percaya antara kriteria penting untuk menjadi usahawan adalah mempercayai rasa hatinya, dan perlu mengelakkan diri dipengaruhi oleh pendapat orang sekeliling. Bagi beliau, apabila kita telah yakin dengan apa yang kita mahu lakukan, terus lakukannya tanpa bertangguh.
Steven Sim menekankan beliau bukan dilahirkan di dalam keluarga yang berada, dan beliau telah mempelajari kemahiran serta mendapat pengalaman dengan cara yang tidak mudah. Namun bagi beliau, bekerja kuat sahaja tidak mencukupi, seseorang usahawan itu perlu bekerja dengan bijak (work smart), pandai mengurus masa, tahu mengenai pengurusan kewangan, memenuhi setiap janji dan mempunyai nyalarasa (passion) pada bisnesnya.

Setelah Starbucks Corp mengurangi bisnesnya di Australia, seorang pengusaha Malaysia mencari peluang untuk mengisi kekurangan itu, memulainya dengan masyarakat kafe di Melbourne.
“Secret Recipe Cakes & Cafe Bhd akan membuka restoran keduanya di kota di selatan Australia itu bulan April ini. Diharapkan dalam lima tahun mendatang, 50 kafe serupa akan dibuka di seluruh Australia,” kata Steven Sim, pemilik dan pengelola jaringan Secret Recipe yang berkantor di Kuala Lumpur, Malaysia itu.
“Australia merupakan pasar yang sangat kompetitif namun kami percaya ini hanya masalah waktu kami dapat beradaptasi dengan selera lokal,” tandas Sim, CEO Secret Recipe Cakes & Cafe Bhd melalui telepon dari Kuala Lumpur, Jumat (9/4/10) kepada Bloomberg. “Populasi terus tumbuh dengan migrasi dari Asia. Dan bagi kami, ini merupakan batu loncatan untuk menuju negara-negara Barat seperti Amerika Serikat dan Eropa,” lanjut Sim.
Sim bertujuan agar bisnisnya di Australia ini berhasil sementara saingannya terjungkal. Starbucks mengatakan akan menutup 61 dari 84 kafe di Australia pada Juli 2008 setelah gagal menyodorkan budaya ngopi gaya Eropa ke Australia karena di negeri ini banyak kafe yang menjual kopi dengan harga lebih murah. Pada saat itu, CEO Starbucks Howard Schultz menyebutkan, “tantangan unik” masuk Australia dan tak ada pasar lain yang dibutuhkan “yang ditangani dengan cara ini”.
Sim (51) mendirikan Secret Recipe di Petaling Jaya, di negeri Selangor, Malaysia tahun 1997 dan telah membangun jaringan kafe terbesar di kawasan Asia Tenggara. Pemegang saham terbesar, Sim, memiliki 35 persen saham, sedangkan sisanya milik anggota keluarganya.
Steven Sim kini memiliki 240 outlet di Singapura, China, Thailand, Indonesia, dan Filipina. Kafe pertamanya yang dibuka di Australia, berlokasi di pinggiran kota Melbourne akhir Februari lalu dan kafe kedua akan dibuka akhir bulan April ini di sebelah tenggara kota Melbourne.
Sim mengatakan Secret Recipe akan lebih baik dibandingkan Starbucks di Australia dan mencoba merebut hati pencinta kopi, membuat kopi yang tidak terlalu manis, menyesuaikan dengan menu lokal dengan harga murah.
“Kopi kami sebaik kopi di Australia,” kata Sim lagi. “Dan sebagaimana menyajikan kopi yang baik, kami juga menghidangkan kue dan makanan ringan. Harga kami 15-20 persen lebih rendah dibandingkan Starbucks dan Gloria Jean’s,” ungkapnya. Sim juga menegaskan bahwa Secret Recipe akan menyajikan wine dan bir ringan karena, “wine di Australia merupakan suatu keharusan”.
“Banyak orang Australia mendidik diri mereka sendiri soal pengetahuan tentang kopi dan mengonsumsi kopi yang lebih baik,” kata Ross Quail, Presiden The AustralAsian Speciality Coffee Association, dalam wawancara melalui telepon dari Melbourne. “Masih banyak ruang untuk tumbuh,” katanya.” Anggota asosiasi AASCA ini meningkat tiga kali lipat dalam 12 bulan terakhir menjadi 300 orang,” katanya.
Selera orang-orang Australia pada kopi dimulai pada saat muncul gelombang imigran yang tiba setelah Perang Dunia II, terutama dari Yunani dan Italia. Sejak tahun 1980-an, minum menjadi berkembang, terutama di Melbourne, sebuah kota trem, yang dipenuhi dengan restoran di tepi jalan dan arsitektur bergaya Eropa.
Secret Recipe milik Sim menggunakan warna merah menyala dengan desain yang sederhana, menyajikan kopi Eropa yang keras dan pastries dari makanan Asia Tenggara. Kafe Secret Recipe di China menghadirkan laksa, noodle soup Malaysia yang spicy.
Jaringan outlet pertama di Melbourne di kawasan ellit Chapel Street, menjual nasi lemak khas Malaysia. Restoran ini tidak menjual nasi karena mudah diperoleh di banyak tempat di Melbourne.
Secret Recipe menghabiskan 3 juta dollar Australia (atau 2,8 dollar AS) untuk tiga kafe pertamanya di negeri kanguru itu dan menggunakan dana sendiri. Di Asia, perusahaan ini membuka lima kafe dalam sebulan. Pada tahun 2009, Secret Recipe mencetak keuntungan 20 juta ringgit Malaysia (sekitar 6,2 dollar AS) dari pendapatan 200 juta ringgit. Kafe Secret Recipe ketiga di Australia akan dibuka di pusat perbelanjaan di Melbourne pada bulan Juni mendatang, kata Sim.
Secret Recipe, yang memiliki sertifikat Halal, akan menyajikan menu yang pas dengan orang Australia. “Selera Australia sangat berbeda dengan selera Asia, tidak terlalu manis,” kata Ming Low, Direktur Secret Recipe wilayah Australia. “Jadi kami akan mengubah resep kami untuk hal-hal seperti saus Napolitana. Kue dengan kadar gula yang rendah ditujukan bagi pelanggan yang sadar kesehatan di Asia. Kue ini juga populer di Australia,” kata Low.
McDonald’s Corp akan melakukan sesuatu yang lebih tahun ini untuk mengadaptasi menu-menu lokalnya ke selera Asia, seperti menambah bumbu yang spicy pada burger. Tim Fenton, Kepala Bisnis Regional McDonald’s dalam wawancara bulan lalu. KFC Corp, yang dimiliki Yum! Brands Inc, menghidangkan bubur dan kue tart telur di restoran mereka di China.
Starbucks yang bermarkas di Seattle, AS, operator toko kopi terbesar di dunia, membuka kafe pertama di Australia pada Juli 2000 di kawasan bisnis di kota Sydney. Namun Starbucks mengalami kerugian pertama kali pada tahun 2008 dalam 16 tahun sebagai perusahaan publik, menyebabkan 12.000 pegawai Starbucks kehilangan pekerjaan. Pada tahun yang sama, kondisi merugi dialami juga Starbucks Australia.
“Sebagian besar jaringan brand Asia yang berusaha untuk go overseas dalam bisnis restoran, umumnya tidak berhasil karena mereka hanya membawa bendera,”kata Joel Silverstein, Presiden East West Hospitality Group Ltd, perusahaan konsultan restoran yang bermarkas di Hongkong. “Di Melbourne, orang susah menjual, tapi Secret Recipe mampu melakukannya dengan baik di Australia bila mereka tetap mengacu pada makanan Asia dengan harga yang terjangkau,” kata Joel.

Usahawan Kedua: Datuk Dr. Maznah Hamid

Datuk Dr. Maznah Hamid ( Iron Lady)



Biodata
Nama:           Datuk Dr. Maznah Hamid
Umur:            59 tahun
Tarikh lahir:   18 April 1955
Asal:              Ayer Hitam, Jerlun, Kedah
Jawatan:        Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce
Suami:           Datuk Shaheen Mirza

Sebab-sebab saya memilih usahawan ini:

Walaupun Datuk Dr. Maznah Hamid seorang wanita tetapi beliau sanggup melibatkan diri dalam bidang pekerjaan lelaki. Pada zaman dahulu, kebanyakan lelaki yang melibatkan diri bidang kawalan keselamatan yang bahaya, seperti pegawai keselamatan, polis, bomba, dan sebagainya. Tetapi, Datuk tidak kisah bidang berkenaan sesuai atau tidak dengan statusnya yang sebagai wanita tetapi dan akhirnya Datuk telah membukitkan wanita juga boleh melibatkan diri dalam bidang keselamatan yang penuh dengan banyak kesusuhan dan bahaya. Sebab yang kedua ialah Datuk seseorang usahawanan yang berani kerana Datuk sanggup melibatkan diri dalam bidang yang tidak dikenali oleh orang lain pada 30 tahun dahulu dan berjaya menjadikan Securiforce sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.



Latar Belakang 
Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Datuk telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.

Selain itu, Datuk kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Hal yang paling membanggakan ialah van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Di samping itu, ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’. 

Hasil daripada kegigihan Datuk dan pasukannya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan. 

Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), Datuk telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah.  Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.
Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip 'kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang. 

Beliau merupakan seorang ‘pendidik’ , GURU Keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat didalam dan di luar negara. Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan 'success counsellor' dimana kita sering mendengar suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang lain menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi - institusi  pengajian tinggi.

Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan ‘sustaining power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar ”ZERO TO HERO” dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’. Melalui seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.

Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk 'MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN' (versi Melayu dan Mandarin), Buku Mini Siri Rahsia 3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K yang mendapat sambutan hangat berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan kepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan. 

Beliau juga memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York dan juga Presiden, Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International Federation for Professional Speakers (IFFPS). 

Datuk juga merupakan seorang wanita yang sangat aktif di dalam persatuan dan memegang berbagai jawatan. Di atas kecemerlangan dan ketokohannya, Datuk telah dikurniakan anugerah-anugerah berikut:
  • Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri - PDL.
  • Anugerah Tokoh Usahawan – DPMM (WP) – 1990
  • Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim -Avon
  • Anugerah Wanita Kehormat - Universiti Putra Malaysia
  • Anugerah Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
  • Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 – Majalah Her World
  • Anugerah Wanita Kedah Cemerlang 2006 – Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
  • Tokoh Usahawan 2006 – DPMM – Kedah
  • Anugerah BrandLaureate –SMEs, Brand Personaliti 2007 – (The Asia Pacific Brand Foundations - APBF)
  • Anugerah Ibu Usahawan 2008 –  AVON
  • Anugerah Ijazah Kehormat Keusahawanan 2008 – Help University
  • Anugerah ‘Tribute to Women 2008’ – (Usahawan)
  • Anugerah Usahawan Luarbiasa – National Women Entrepreneurs Award 2008 - (NWEA - SMIDEC)
  • Anugerah Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York
  • Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis)
  • Anugerah Platinum Entrepreneur Award 2011 – SME Recognition Award 2011
  • Anugerah Tokoh Ibu Harmoni 2012 – Utusan Karya
Beliau adalah ibu kepada 5 orang anak dan 4 cucunda. Keluarga merupakan pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malahan anak-anak juga telah dilatih serta diterapkan semangat keusahawanan semenjak awal lagi. Demikianlah diantara simbol kejayaan beliau sehingga beliau dianggap sebagai model usahawan yang berjaya dan dikagumi masa kini. Maka tidak asinglah jika beliau diberi gelaran “THE IRON LADY”.

Bagaimanakah Datuk membangunkan perniagaannya ?

Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan beliau memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan kawalan keselamatan. Tahukah anda beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada tahun 1981.Pada awal pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill collector,peronda dan pengawal keselamatan sendiri.

Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.

Rancakkan pembangunan berprestasi tinggi

Memiliki kediaman yang mampu milik, selesa dan mendamaikan di kawasan bandar menjadi idaman setiap warga kota di mana-mana negara.

Untuk memenuhi cita rasa pengguna, pemaju hartanah, Danau Lumayan tampil untuk membangunkan tanah seluas 41.3 hektar di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur sejak Jun 2000.
Pengerusi Danau Lumayan Sdn Bhd (DLSB), Datuk Dr Maznah Hamid berkata, sehingga kini, Danau Lumayan telah menyiapkan lebih 3,000 unit kediaman apartmen, kondominium dan pembangunan komersial.
Menurutnya, DSLB mempunyai rekod baik dan terbukti menyiapkan dan menyerahkan kesemua unit iaitu 6 bulan lebih awal daripada tarikh penyerahan projek, bersama Sijil Layak Menduduki (CF).
“Ini secara langsung dapat mewujudkan kepercayaan dan keyakinan pihak pembeli yang kebanyakannya terdiri daripada pembeli projek Danau Lumayan sebelum ini.
“Kami menggunakan bahan binaan dan kemasan dalaman berkualiti tinggi, yang setaraf dengan kemasan projek bertaraf tinggi juga eksklusif,” ujar anak kelahiran Kedah ini.
Perkembangan projek di sekitar Bandar Tun Razak mendapat sambutan tinggi dan positif daripada pembeli. Ini disebabkan lokasi yang strategik dan potensi nilai hartanah yang semakin meningkat di kawasan tersebut kerana jaraknya hanya 5km dari KLCC.


Sasar jualan RM560 juta

Untuk perancangan tahun ini, DLSB melaksanakan beberapa pembangunan berkonsepkan komersial yang dijangkakan akan memulakan pembinaan pada suku ketiga 2013, iaitu Lot 8 dan juga Lake Avenue.

Pada Ogos 2012, DLSB telah melancarkan projek Kondominium Suasana sebanyak 900 unit dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM280 juta. Pada tahun ini, DLSB akan melancarkan pula 350 unit kediaman dan komersil dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM160 juta.

“Pada tahun hadapan, kami begitu optimis untuk melancarkan projek pembangunan bercampur yang merangkumi servis apartmen, hotel, rumah kedai dengan GDV RM400 juta”, tambah beliau dengan penuh yakin.

Beliau menambah, DLSB memiliki kepakaran projek pembangunan serta pembinaan. Tenaga kerja terdiri daripada kalangan mereka yang arif dalam bidang pembinaan dan ini memudahkan perancangan jangka panjang syarikat.

Ditanya mengenai cabaran syarikat dalam menawarkan perkhidmatannya, Maznah berkata, sejak kebelakangan ini harga tanah di sekitar Lembah Klang telah meningkat dengan mendadak.

“Begitu juga dengan kenaikan harga bahan binaan. Ini secara langsung akan memberi kesan kepada kenaikan harga hartanah terutamanya di sekitar bandar besar seperti di Lembah Klang.

“Namun begitu pihak syarikat sedaya upaya cuba agar harga pembangunan dikekalkan rendah serta mampu dimiliki ramai. Usaha sama dengan pihak DBKL dilihat sebagai strategi yang baik dalam usaha syarikat mencapai aspirasi tersebut,” ujarnya yang juga penulis buku Motivasi Memburu Kejayaan: 3K.



Kejayaan Securiforce

Maznah yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce berkongsi pengalamannya dalam membangunkan syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan terbesar di negara.

Securiforce yang beroperasi sejak 1981, menawarkan pakej keselamatan yang lengkap dengan menampilkan konsep ‘total security’.

Antara jenis perkhidmatan keselamatan seperti pengawal statik, pengawal bersenjata, transit tunai, logistik, pengurusan kargo berteknologi tinggi dan perkhidmatan keselamatan elektronik.

Wanita Besi ini berkata, Securiforce kini mempunyai 65 cawangan di negara ini dan 6,500 kakitangan. Securiforce kini melebarkan sayap perniagaan ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (ejen penghantaran darat, laut dan udara). Perkhidmatan syarikat tersebut telah berkembang ke rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Cawangan Securiforce Logistik dibuka di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.

Hasil usaha berterusan syarikat, pihak Danau Lumayan kini sedang dipertimbangkan untuk sama-sama membangunkan projek perumahan mampu milik yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Keupayaan Danau Lumayan bukan sahaja dilihat setanding, malah lebih baik daripada sebahagian pemaju tersohor yang wujud di negara ini, terutama di dalam projek perumahan mampu milik.

Harapan Danau Lumayan di masa hadapan adalah untuk membangunkan sebuah bandar baru berteknologi tinggi di pinggiran Kuala Lumpur atau mana-mana bandar besar di dalam negara ini.

Hasrat ini boleh dicapai sekiranya suatu kerjasama erat dapat diadakan bersama pihak kerajaan pusat mahupun negeri dalam membentuk projek pembangunan secara usaha sama. Perancangan ini adalah berbentuk jangka panjang dan usaha ke arah tersebut sedang giat dilaksanakan.

Usahawan Pertama: Tan Sri Tony Fernandes

Biodata
Nama:          Tan Sri Tony Fernandes
Umur:            50 tahun
Tarikh lahir:   30 April 1964
Asal:              Kuala Lumpur 
Jawatan:        Pengasas dan pengerusi Air Asia

Sebab-sebab saya memilih usahawan ini:

Saya memilih Tan Sri kerana kisah hidup atau pengalaman Tan Sri yang menarik. Tan Sri menggunakan RM 1 untuk mengambilkan syarikat penerbangan yang berhutang banyak dan mempunyai rekod yang buruk. Pada masa berkenaan, banyak pakar mempertimbangkan rancangan perniagaan Tan Sri yang menawarkan tiket yang harga rendah ( low cost) ialah perniagaan yang tidak berjaya dan rugi. Tetapi, Tan Sri tidak penduli andaian yang diberikan oleh pakar dan meneruskan konsep Tan Sri yang ingin membantu golongan yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang yang mahal. Akhirnya, Tan Sri telah menunaikan impian iaitu semua orang boleh terbang sekarang ( Now everyone can fly). 
            
Latar Belakang 

airasia sexy stewardess
Tony Fernandes yang kini berusia 50 tahun,  dilahirkan pada 30 April 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis  Goa (India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama  Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez.
Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis majlis para  peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau  melanjutkan persekolahan di England  pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of Economics pada  tahun 1987.
Beliau mulai alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.
Sekembalinya  ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.  Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu  ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice  presiden kumpulan  bagi kawasan Asia Tenggara.
Air Asia
Apa yang amat menarik tentang biografi Dato’ Tony ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama dalam penubuhan dan operasi  Air Asia,  syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737  yang  usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan  Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001  telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang tebesar di dunia.
Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui  142 laluan dan 78 destinasi  dengan sejumlah 400 penerbangan sehari  di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011,  Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara.
Jati diri Tony Fernandes
Kejayaan luar biasa  selalunya  di hasilkan oleh seseorang yang juga  mempunyai peribadi yang luar biasa yang membantu dalam  setiap langkah  yang dilalui. Pertama  sekali ialah wujudnya minat untuk berniaga yang perlu untuk mendorong seseorang ke arah itu. Dalam diri Tony Fernandes,  beliau banyak dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual tupperware ke serata tanah air. Bagi  Tony, ibu beliau adalah seorang wanita yang mengkagumkan kerana kemampuannya  yang luar biasa dalam menjual barangan   kepada sesiapa sahaja. Justeru itu beliau banyak belajar dari peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dikala mengharungi  alam perniagaan.
Bapa beliau, Dr Stephen Edward Fernandes, sebaliknya amat berbeza daripada peribadi ibunya. Dr. Fernandes  memiliki sebuah klinik, tetapi tanpa keuntungan kerana terlalu bermurah  hati kepada setiap pesakit sehingga kerap kali memberi perkhidmatan dan  ubat secara percuma. Tony  sungguh tidak terpikat dengan cara bapa beliau berniaga.
Pada sekilas pandang memang  ada ciri ciri yang serupa  di antara  Tony dengan ayah beliau. Jika ayah beliau memberi keistimewaan kepada pesakit yang miskin, Tony juga memberi fokus kepada rakyat yang kurang mampu untuk membeli tiket penerbangan biasa. Tetapi bezanya, jika ayah beliau membantu pesakit dengan tujuan mengurangkan bebanan mereka, sehingga mengorbankan keuntungan, Tonya juga membantu rakyat yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang, tetapi beliau tetap  terikat dengan prinsip perniagaan berasas keuntungan  dan lestari ( berkekalan).
Kemampuan beliau berkomunikasi, mempengaruhi orang  dan semangat yang kental amat mengkagumkan dan merupakan satu ciri yang diwarisi dari ibu beliau.  Selain itu zaman persekolahan dalam usia yang sangat muda (umur 13 tahun) di sekolah berasrama di England, juga memberi kesan yang mendalam  kepada peribadi beliau. Di sana, berjauhan dari keluarga dan kampung halaman, membentuk nilai teras  dalam peribadi beliau, terutama kemampuan berkomunikasi dan berdikari dalam apa jua suasana.
Ibu beliau meninggal sewaktu Tony hanya berusia 15 tahun meninggal kesan yang mendalam kepada beliau. Ia meninggalkan kekosongan dalam hidup dan membantu dalam membentuk peribadi yang cekal dan  mampu berdikari di mana sahaja.
Jika di lihat dari segi kecenderungan usahawan mengambil risiko, Tony adalah contoh yang amat ekstrim. Beliau adalah seorang yang nampaknya hyperactive begitu fokus dalam melaksanakan perkara yang beliau minati, sehingga sanggup menggadai apa sahaja yang beliau miliki walaupun masih jauh daripada mencukupi sebagai modal syarikat.  Mungkin ini bukan suatu perkara yang menghairankan, jika yang diminati  itu matlamat yang biasa, tetapi untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan sudah tentu bukanlah sesuatu dalam jangkaan untuk seorang yang tidak  memiliki modal yang cukup dan hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental.
Sungguhpun demikian adalah kurang tepat menyatakan yang Tony bersikap reckless dalam membuat sesuatu pertimbangan kerana beliau tetap mementingkan soal keuntungan. Malah beliau  amat yakin  kepada soal potensi pertumbuhan yang tinggi dalam industri penerbangan di Asia sebelum menceburi sektor tersebut.
Bagi menentukan kejayaan,   sikap beliau yang fokus  kepada sesuatu projek adalah suatu ciri yang tepat dan dapat membantu mengurangkan risiko.  Beliau berkata, ” Saya bukanlah seseorang yang suka memulakan dua puluh benda dan  kemudian berharap tiga akan berjaya. Saya lebih berminat memulakan dua atau tiga dan tentukan ia berjaya, kemudian laksanakan usaha usaha seterusnya”. Sikap ini biasa kita nampak ada pada usahawan terkemuka seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Mydin, Tan Sri Azman Hashim,  Tan Sri Teh Hong Piow  di tanah air kita dan usahawan usahawan seperti pengasas Microsoft,  Apple, Facebook, Ford Motor Company, Honda Motors dan banyak lagi di arena global.
Cara-cara Tony menempuhi Halangan
Kemampuan berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang di asah semasa belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga menunjukkan sikap minima  ego dan bersedia forgive and forget yang membolehkan beliau membuat pertimbang yang terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu.  Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk mendapat kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi rintangan  yang berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang biasa. Walaupun demikian beliau masih  boleh lagi berinteraksi dengan pegawai pegawai kerajaan Singapura dengan baik, sambil  menganggap detik detik pahit yang dilalui  hanya sebagai cabaran dalam mengembangkan laluan Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura sehari.
Sebelum itu, cabaran yang pertama beliau lalui timbul dari sikap masyarakat perniagaan Malaysia sendiri yang  bersikap sinikal terhadap rancangan beliau menubuhkan syarikat penerbangan. Perkara ini tidak melunturkan semangat beliau, malah dengan pantas, melalui Dato’ Pahamin Rajab, belia berjaya meyakinkan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, untuk meluluskan rancangan beliau, mulai dengan cara mengambil alih syarikat penerbangan  Air Asia, sebuah syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh kerajaan.
Setelah mulai berjaya dengan syarikat Air Asia, beliau mengalih fokus untuk menjadikan Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah di rantau Asean. Beliau tahu ini satu perkara yang amat sukar diterima kerajaan kerana negara perlu mengukuhkan kedudukan KLIA yang baharu sahaja siap diketika itu. Tetapi Tony never takes no for an answer. Beliau menggunakan media massa untuk mempengaruhi masyarakat dan kerajaan. Akhirnya kerajaan bertegas menolak cadangan Air Asia demi kepentingan negara, tetapi dalam proses ini Tony berjaya mendapat laluan laluan udara yang baru serta mendapat LCCT yang baru di KLIA dengan kadar tariff yang berdiskaun. Ini  membantu Air Asia mengukuhkan daya saing  ketika berhadapan dengan Malaysia  Airlines dan syarikat syarikat penerbangan yang lain.
Demikian juga Tony menempuhi beberapa cabaran dalam usaha mendapat hak mendarat di lapangan terbangan Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi  sama ada di Asia ataupun  atau benua benua lain. Namun nampaknya pengalaman di Singapuralah yang paling mencabar.
Mengikut buku The Air Asia Story ditulis oleh Sen Ze dan Jayne Ng, bagi Tony, kualiti seorang Usahawan yang paling penting ialah kecekalan atau dalam Bahasa Inggerisnya willing to never take no for an answer. Bagi Tony, “Berpeganglah dengan keyakinan anda. Jika anda terlalu mendengar kata orang lain, anda tidak mungkin dapat memulakan sesuatu. Sebab itulah  mereka  tidak menjadi usahawan. Orang yang memberi nasihat itu bukanlah usahawan. Jika tidak, sudah tentu mereka melaksanakan sendiri. Kita hanya perlu yakin dan laksanakannya”
Akhir sekali, anda  jangan lupa peranan pendidikan dalam membantu Tony dalam menjayakan kerjayanya. Beliau adalah seorang Fellow Member of Association of Chartered and Certified Accountants (ACCA) dan berkelulusan dari London School of Economics  
SEJARAH AWAL BAGAIMANA AIRASIA BERMULA – Temuramah dengan Tan Sri Tony Fernandes 
1. SIAPA YANG MULA-MULA TERLIBAT?
Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenal dengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.
Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.
Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta, kita perlukan.
2. KENAPA PILIH SYARIKAT PENERBANGAN?
Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal.
Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya.
Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya.
Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran.
Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.
Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.
Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.
Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai.
Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.
Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet.
Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam industri hiburan.
Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kita hendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa)
Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah
Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.
Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.
Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya “Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah
Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.
Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang.
Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.
Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)
Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha
Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.
Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat. Hahaha, lengkap.
Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.
Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.
PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industri penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan berjaya.
PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja dengan komen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alih syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, kamu kena ambil alih yang sudah ada…”
Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak beli syarikat penerbangan, tapi saya positif.
Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu.
Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom, saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua, “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”
Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten, mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.
(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)
Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu.
Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal.
DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya.
Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbangan yang tidak menjual alkohol di rantau ini.
(Ahmad Faizul) ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, pengurus kabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.
Dia bacth yang ke lapan, satu sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom lagi, dia yang ke lapan, dan kini kami ada 127 bacth dalam masa sepuluh tahun.
Saya ingin tekankan bahawa, kami syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami juga syarikat bumiputera, ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk Pahamin adalah pemegang saham yang aktif dan kami kawan.
Kalau kamu lihat Pegurus Kanan Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi tidak pernah terfikirkannya, dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana merit masing-masing.
Majoriti staf adalah bumiputera. Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.
3. LALUAN PENERBANGAN PERTAMA AIR ASIA?
Kerana sebelum itu sukar untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal). Orang ramai yang berjuang untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu kami dari segi media adalah Rocky Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.
Dia adalah editor Malay Mail, saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak membantu, juga Utusan dan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal mereka ini semua.
4.BAGAIMANA ANDA MEMBINA AIR ASIA?
MAS perlu membina jenamanya.Taja golf atau apa saja, Emirates ada di mana-mana. Kamu potong kos di sana sini, dan akhirnya kamu tiada keuntungan, tiada gunanya.
Syarikat Malaysia kurang pentingkan pembangunan jenama, kami sebaliknya, saya ke Liga Perdana Inggeris, bentangkan kepada mereka mengapa perlu menyokong syarikat Malaysia.
Ini kerana rakyat Malaysia sudah menonton Liga Perdana Inggeris sejak 60 tahun dulu.
Membina jenama adalah amat penting pada syarikat yang ingin berkembang, ketika kami menaja MU, saya dan Kamarudin ke Old Trafford, kami tidak menonton perlawanan, kami menonton papan iklan… hahaha wow Air Asia.. haha.
Kami bawa pasukan MU dalam penerbangan kami. Itulah kali pertama semua pemain hendak ikut serta dalam program bersama penaja, kerana apa? Kerana ada 25 gadis cantik (kabin krew Air Asia) yang melayan mereka sepanjang penerabangan.
Sebagai pembuka tirai 2011, saya memilih untuk menulis mengenai jenama bisnes dari negara kita sendiri yang telah menjadi jenama bertaraf global dalam tempoh kurang dari 9 tahun iaitu syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia.
Pada tahun 2001, syarikat ini bernilai hanya RM1.00, dibebani hutang sebanyak RM40 juta, mempunyai hanya dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.
Namun selepas 9 tahun, AirAsia bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia. 

Dan apa yang lebih menarik kini ia menjadi saingan syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa utama lain yang telah lama beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific. 

Ketika pengasasnya, Dato’ Seri Tony Fernandes, mengumumkan impiannya untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan tambang rendah yang pertama di rantau ini, ramai yang memandang sinis dan tidak yakin dengan impiannya itu.
air-asia
Tetapi selepas 9 tahun, beliau membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil di dunia ini dan apa yang lebih menarik, modul perniagaan perkhidmatan tambang rendah AirAsia menjadi ikutan pesaing-pesaingnya seperti MAS yang menubuhkan Fireflyz, SIA yang menubuhkan Tiger Airways dan Qantas Airways yang menubuhkan Jetstar Airways.
Apakah rahsia kejayaan yang digunapakai oleh Dato’ Seri Tony Fernandes hingga berjaya meletakkan AirAsia di tahapnya sekarang? Adakah semata-mata hanya kerana tambangnya yang murah? Ataupun kerana daya penarik pramugari-pramugarinya yang beruniform merah?
Jawapannnya, tiada rahsia, yang ada hanyalah strategi bisnes yang tepat yang digunakan oleh AirAsia. Strategi bisnes AirAsia bukan sahaja terbatas pada strategi pemasaran dan poduk semata-mata tetapi ia mencakupi dari semua aspek termasuk pengurusan bisnes.

Antaranya pengurusan pasukan kerja yang berkesan. AirAsia menggelarkan pekerja-pekerjanya AllStars kerana bagi AirAsia faktor utama yang menyumbang kepada kejayaannya adalah peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya.
Walau secanggih mana pun pesawat atau sistem pengkomputeran operasi yang digunakan oleh AirAsia ianya tidak akan bermakna apa-apa jika tiada pekerja yang menggerakkannya. Kerana itu AirAsia dengan bangganya menyatakan di dalam laman webnya seperti berikut :
“Our people are our GREATEST ASSET. They MAKE all the DIFFERENCES in the world. Our DRIVING FORCE has always been our people. From our humble beginnings to the present family size of 8,000 people, we stand UNITED and SHARE one common culture.”
Bagi melahirkan pasukan kerja yang berkesan, AirAsia bukan sahaja memberikan latihan yang sewajarnya kepada para pekerjanya malah AirAsia mengambil inisiatif menubuhkan Unit Budaya Korporat yang yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua pekerja.

Antara strategi yang lain adalah AirAsia memastikan pengurusan kos efektif. Ini kerana hanya dengan melalui pengurusan kos yang efektif sahaja yang akan membolehkan AirAsia terus menawarkan harga tambang penerbangan yang rendah pada pelanggan-pelanggannya.
Kecekapan pengurusan AirAsia dalam mengawal kos terbukti dengan pengiktirafannya sebagai penerbangan tambang murah yang mempunyai kos terendah di dunia iaitu USD0.24 (RM0.82) untuk setiap tempat duduk.

Salah satu strategi bisnes AirAsia yang unik ialah membina hubungan dengan rakyat Malaysia. Setiap kejayaannya, kecil atau besar, bukan sahaja diraikan tetapi diwar-warkan sama ada di laman web mereka atau dihebahkan melalui media dan dipaparkan sebagai kejayaan rakyat Malaysia bersama bukannya hanya kejayaan AirAsia atau Dato’ Seri Tony Fernandes semata-mata.
strategi-air-asia-1
Malah di dalam blognya, Dato’ Seri Tony sendiri menyatakan :
‘Sebagai sebuah negara, kita perlu percaya bahawa kita mampu melakukan apa sahaja. Kita mampu menjadi yang terbaik. Anak-anak kita perlu berhenti memandang tinggi kepada ikon dan individu dari negara luar seperti Manchester United, Ferrari dan Steve Jobs. Berhenti menganggap bahawa yang terbaik hanya datang dari luar negara. Kita perlu mula percaya bahawa sebagai rakyat Malaysia kita boleh. Kita boleh bersaing dan menjadi yang terbaik di dunia.’
Bagi mereka, kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi semata tetapi kejayaan yang mesti dikongsi bersama rakyat Malaysia kerana jenama AirAsia merupakan jenama Malaysia.

Apa yang menarik mengenai strategi-strategi bisnes AirAsia ini ialah ianya bersifat universal. Strategi-strategi tersebut bukan sahaja boleh digunakan oleh bisnes yang bersaiz besar malah juga yang bersaiz kecil dan baru hendak mula bertapak.

Dan dengan membuat rujukan kepada strategi bisnes yang telah terbukti berkesan seperti di atas, ia dapat membantu para pemilik bisnes meminimumkan risiko serta mengelakkan mereka mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu terlibat dalam bisnes.