Biodata
Nama:          Tan Sri Tony Fernandes
Umur:            50 tahun
Tarikh lahir:   30 April 1964
Asal:              Kuala Lumpur 
Jawatan:        Pengasas dan pengerusi Air Asia
Sebab-sebab saya memilih usahawan ini:
Saya memilih Tan Sri kerana kisah hidup atau pengalaman Tan Sri yang 
menarik. Tan Sri menggunakan RM 1 untuk mengambilkan syarikat 
penerbangan yang berhutang banyak dan mempunyai rekod yang buruk. Pada 
masa berkenaan, banyak pakar mempertimbangkan rancangan perniagaan Tan 
Sri yang menawarkan tiket yang harga rendah ( low cost) ialah perniagaan
 yang tidak berjaya dan rugi. Tetapi, Tan Sri tidak penduli andaian yang
 diberikan oleh pakar dan meneruskan konsep Tan Sri yang ingin membantu 
golongan yang tidak mampu membeli tiket kapal terbang yang mahal. 
Akhirnya, Tan Sri telah menunaikan impian iaitu semua orang boleh 
terbang sekarang ( Now everyone can fly). 

Tony Fernandes yang kini berusia 
50 tahun,  dilahirkan pada 30 April 1964 kepada suatu keluarga campuran 
Portugis  Goa (India) dan Portugis Melaka. Bapa beliau bernama  Dr. 
Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy Fernandez.
Semasa kecil beliau kerap kali 
mengikuti ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis majlis para  
peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau  melanjutkan persekolahan
 di England  pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of 
Economics pada  tahun 1987.
Beliau mulai alam perkerjaan di 
Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di
 sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record 
sehingga 1989.
Sekembalinya  ke Malaysia beliau 
dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.  
Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu  ‘revolusi’ dalam
 muzik etnik, nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. 
Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir 
sekali memegang jawatan vice  presiden kumpulan  bagi kawasan Asia 
Tenggara.
Air Asia
Apa yang amat menarik tentang 
biografi Dato’ Tony ialah penglibatan beliau sebagai penggerak utama 
dalam penubuhan dan operasi  Air Asia,  syarikat penerbangan tambang 
murah yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan dua buah kapal terbang
 Boeing 737  yang  usang tatkala masih dimiliki kerajaan, kini kumpulan 
 Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001  telah maju 
dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang 
dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua 
kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan 
penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang 
tebesar di dunia.
Kini kumpulan Air Asia berkhidmat
 melalui  142 laluan dan 78 destinasi  dengan sejumlah 400 penerbangan 
sehari  di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011, 
 Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai 
negara.
Jati diri Tony Fernandes
Kejayaan luar biasa  selalunya 
 di hasilkan oleh seseorang yang juga  mempunyai peribadi yang luar 
biasa yang membantu dalam  setiap langkah  yang dilalui. Pertama  sekali
 ialah wujudnya minat untuk berniaga yang perlu untuk mendorong 
seseorang ke arah itu. Dalam diri Tony Fernandes,  beliau banyak 
dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual tupperware ke 
serata tanah air. Bagi  Tony, ibu beliau adalah seorang wanita yang 
mengkagumkan kerana kemampuannya  yang luar biasa dalam menjual barangan
   kepada sesiapa sahaja. Justeru itu beliau banyak belajar dari 
peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dikala mengharungi 
 alam perniagaan.
Bapa beliau, Dr Stephen Edward 
Fernandes, sebaliknya amat berbeza daripada peribadi ibunya. Dr. 
Fernandes  memiliki sebuah klinik, tetapi tanpa keuntungan kerana 
terlalu bermurah  hati kepada setiap pesakit sehingga kerap kali memberi
 perkhidmatan dan  ubat secara percuma. Tony  sungguh tidak terpikat 
dengan cara bapa beliau berniaga.
Pada sekilas pandang memang  ada 
ciri ciri yang serupa  di antara  Tony dengan ayah beliau. Jika ayah 
beliau memberi keistimewaan kepada pesakit yang miskin, Tony juga 
memberi fokus kepada rakyat yang kurang mampu untuk membeli tiket 
penerbangan biasa. Tetapi bezanya, jika ayah beliau membantu pesakit 
dengan tujuan mengurangkan bebanan mereka, sehingga mengorbankan 
keuntungan, Tonya juga membantu rakyat yang tidak mampu membeli tiket 
kapal terbang, tetapi beliau tetap  terikat dengan prinsip perniagaan 
berasas keuntungan  dan lestari ( berkekalan).
Kemampuan beliau berkomunikasi, 
mempengaruhi orang  dan semangat yang kental amat mengkagumkan dan 
merupakan satu ciri yang diwarisi dari ibu beliau.  Selain itu zaman 
persekolahan dalam usia yang sangat muda (umur 13 tahun) di sekolah 
berasrama di England, juga memberi kesan yang mendalam  kepada peribadi 
beliau. Di sana, berjauhan dari keluarga dan kampung halaman, membentuk 
nilai teras  dalam peribadi beliau, terutama kemampuan berkomunikasi dan
 berdikari dalam apa jua suasana.
Ibu beliau meninggal sewaktu Tony
 hanya berusia 15 tahun meninggal kesan yang mendalam kepada beliau. Ia 
meninggalkan kekosongan dalam hidup dan membantu dalam membentuk 
peribadi yang cekal dan  mampu berdikari di mana sahaja.
Jika di lihat dari segi 
kecenderungan usahawan mengambil risiko, Tony adalah contoh yang amat 
ekstrim. Beliau adalah seorang yang nampaknya hyperactive begitu
 fokus dalam melaksanakan perkara yang beliau minati, sehingga sanggup 
menggadai apa sahaja yang beliau miliki walaupun masih jauh daripada 
mencukupi sebagai modal syarikat.  Mungkin ini bukan suatu perkara yang 
menghairankan, jika yang diminati  itu matlamat yang biasa, tetapi untuk
 memiliki sebuah syarikat penerbangan sudah tentu bukanlah sesuatu dalam
 jangkaan untuk seorang yang tidak  memiliki modal yang cukup dan hanya 
berbekalkan minat dan semangat yang kental.
Sungguhpun demikian adalah kurang tepat menyatakan yang Tony bersikap reckless dalam
 membuat sesuatu pertimbangan kerana beliau tetap mementingkan soal 
keuntungan. Malah beliau  amat yakin  kepada soal potensi pertumbuhan 
yang tinggi dalam industri penerbangan di Asia sebelum menceburi sektor 
tersebut.
Bagi menentukan kejayaan,   sikap
 beliau yang fokus  kepada sesuatu projek adalah suatu ciri yang tepat 
dan dapat membantu mengurangkan risiko.  Beliau berkata, ” Saya bukanlah
 seseorang yang suka memulakan dua puluh benda dan  kemudian berharap 
tiga akan berjaya. Saya lebih berminat memulakan dua atau tiga dan 
tentukan ia berjaya, kemudian laksanakan usaha usaha seterusnya”. Sikap 
ini biasa kita nampak ada pada usahawan terkemuka seperti Tan Sri Syed 
Mokhtar, Mydin, Tan Sri Azman Hashim,  Tan Sri Teh Hong Piow  di tanah 
air kita dan usahawan usahawan seperti pengasas Microsoft,  Apple, 
Facebook, Ford Motor Company, Honda Motors dan banyak lagi di arena 
global.
Cara-cara Tony menempuhi Halangan
Kemampuan berkomunikasi timbul 
daripada personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang
 di asah semasa belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala Lumpur. 
Selain itu beliau juga menunjukkan sikap minima  ego dan bersedia forgive and forget yang
 membolehkan beliau membuat pertimbang yang terbaik untuk syarikat dalam
 sesuatu waktu.  Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura 
untuk mendapat kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan
 rintangan demi rintangan  yang berlarutan, yang biasanya melunturkan 
semangat orang biasa. Walaupun demikian beliau masih  boleh lagi 
berinteraksi dengan pegawai pegawai kerajaan Singapura dengan baik, 
sambil  menganggap detik detik pahit yang dilalui  hanya sebagai cabaran
 dalam mengembangkan laluan Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 
penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura sehari.
Sebelum itu, cabaran yang pertama
 beliau lalui timbul dari sikap masyarakat perniagaan Malaysia sendiri 
yang  bersikap sinikal terhadap rancangan beliau menubuhkan syarikat 
penerbangan. Perkara ini tidak melunturkan semangat beliau, malah dengan
 pantas, melalui Dato’ Pahamin Rajab, belia berjaya meyakinkan Tun 
Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, untuk meluluskan rancangan beliau,
 mulai dengan cara mengambil alih syarikat penerbangan  Air Asia, sebuah
 syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh kerajaan.
Setelah mulai berjaya dengan 
syarikat Air Asia, beliau mengalih fokus untuk menjadikan Lapangan 
Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah di rantau Asean. 
Beliau tahu ini satu perkara yang amat sukar diterima kerajaan kerana 
negara perlu mengukuhkan kedudukan KLIA yang baharu sahaja siap diketika
 itu. Tetapi Tony never takes no for an answer. Beliau
 menggunakan media massa untuk mempengaruhi masyarakat dan kerajaan. 
Akhirnya kerajaan bertegas menolak cadangan Air Asia demi kepentingan 
negara, tetapi dalam proses ini Tony berjaya mendapat laluan laluan 
udara yang baru serta mendapat LCCT yang baru di KLIA dengan kadar 
tariff yang berdiskaun. Ini  membantu Air Asia mengukuhkan daya saing  
ketika berhadapan dengan Malaysia  Airlines dan syarikat syarikat 
penerbangan yang lain.
Demikian juga Tony menempuhi 
beberapa cabaran dalam usaha mendapat hak mendarat di lapangan terbangan
 Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi  sama ada di Asia ataupun 
 atau benua benua lain. Namun nampaknya pengalaman di Singapuralah yang 
paling mencabar.
Mengikut buku The Air Asia Story 
ditulis oleh Sen Ze dan Jayne Ng, bagi Tony, kualiti seorang Usahawan 
yang paling penting ialah kecekalan atau dalam Bahasa Inggerisnya willing to never take no for an answer. Bagi
 Tony, “Berpeganglah dengan keyakinan anda. Jika anda terlalu mendengar 
kata orang lain, anda tidak mungkin dapat memulakan sesuatu. Sebab 
itulah  mereka  tidak menjadi usahawan. Orang yang memberi nasihat itu 
bukanlah usahawan. Jika tidak, sudah tentu mereka melaksanakan sendiri. 
Kita hanya perlu yakin dan laksanakannya”
Akhir sekali, anda  jangan lupa 
peranan pendidikan dalam membantu Tony dalam menjayakan kerjayanya. 
Beliau adalah seorang Fellow Member of Association of Chartered and 
Certified Accountants (ACCA) dan berkelulusan dari London School of 
Economics  
SEJARAH AWAL BAGAIMANA AIRASIA BERMULA – Temuramah dengan Tan Sri Tony Fernandes 
1. SIAPA YANG MULA-MULA TERLIBAT?
Kami mulakan musik tempatan, 
dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenal dengan 
Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.
Sampai satu hari saya jemu 
berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat 
penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea 
saya.
Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta, kita perlukan.
Ketika itu tidak ada telefon 
bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya 
balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket 
penerbangan) terlalu mahal.
Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya.
Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya.
Saya selalu ikut dia terbang ke 
sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini
 sentiasa bermain di fikiran.
Bila saya berhenti dari Warner 
Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan 
murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.
Kemudian saya pergi ke lapangan 
terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah 
lapan pound, ke Paris 10 pound.
Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.
Kami jumpa, saya terangkan 
kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya 
nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju 
kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata 
okay. Selesai.
Kemudian saya ajak Aziz Bakar 
sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit).
 Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.
Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet.
Kemudian, kami jumpa dengan Datuk
 Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) 
kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam 
industri hiburan.
Kami jumpa (bertiga) dan makan 
roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kita hendak dapat 
lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam mana 
hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai…
 kah kah kah (ketawa)
Kemudian Kamaruddin kata “Kita 
perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami saling berpandangan… kami 
tak kenal siapapun… kah kah kah
Kami kemudian pergi jumpa Datuk 
Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada 
pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia 
kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.
Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.
Saya sampai awal, ketika sampai, 
pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk 
menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya “Jumpa PM
 sebab cetak rompak ke?” kah kah kah
Semua orang kenal kami sebagai 
orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kami mahu buka 
syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.
Semasa kami menunggu, ada pegawai
 PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya 
tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan 
pembangkang.
Ia berhubung isu sakit belakang 
Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk 
ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.
Saya diam, kemudian diberitahu, 
temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula 
pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)
Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha
Ketika beliau masuk ke pejabat 
PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan 
terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.
Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat. Hahaha, lengkap.
Saya fikir habislah, saya tidak 
bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari 
industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti 
Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.
Bila hilang kekok, baru saya 
bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya 
senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami
 semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang 
murah.
PM kata dia suka lihat 
kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industri 
penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan 
berjaya.
PM akhirnya kata, “Saya tidak ada
 masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja dengan komen dia untuk 
setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alih 
syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, 
kamu kena ambil alih yang sudah ada…”
Pertemuan berakhir, kami keluar 
dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak beli syarikat 
penerbangan, tapi saya positif.
Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu.
Entah bagaimana, satu hari saya 
sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom, saya teringat 
tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua,
 “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”
Kemudian kami atur pertemuan 
dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten, mereka mahu 
jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, 
ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.
(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)
Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu.
Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal.
DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya.
Kami syarikat penerbangan 
berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbangan yang 
tidak menjual alkohol di rantau ini.
(Ahmad Faizul) ini antara paling 
awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, pengurus kabin crew dan 
lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.
Dia bacth yang ke lapan, satu 
sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom lagi, dia yang ke lapan,
 dan kini kami ada 127 bacth dalam masa sepuluh tahun.
Saya ingin tekankan bahawa, kami 
syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami juga syarikat bumiputera, 
ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk Pahamin adalah 
pemegang saham yang aktif dan kami kawan.
Kalau kamu lihat Pegurus Kanan 
Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi tidak pernah terfikirkannya,
 dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana merit 
masing-masing.
Majoriti staf adalah bumiputera. 
Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga kewangan dan korporat, Aziz 
Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.
3. LALUAN PENERBANGAN PERTAMA AIR ASIA?
Kerana sebelum itu sukar untuk 
menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal). Orang ramai yang berjuang 
untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu kami dari segi media 
adalah Rocky Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.
Dia adalah editor Malay Mail, 
saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak membantu, juga Utusan dan 
Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal mereka ini semua.
4.BAGAIMANA ANDA MEMBINA AIR ASIA?
MAS perlu membina jenamanya.Taja 
golf atau apa saja, Emirates ada di mana-mana. Kamu potong kos di sana 
sini, dan akhirnya kamu tiada keuntungan, tiada gunanya.
Syarikat Malaysia kurang 
pentingkan pembangunan jenama, kami sebaliknya, saya ke Liga Perdana 
Inggeris, bentangkan kepada mereka mengapa perlu menyokong syarikat 
Malaysia.
Ini kerana rakyat Malaysia sudah menonton Liga Perdana Inggeris sejak 60 tahun dulu.
Membina jenama adalah amat 
penting pada syarikat yang ingin berkembang, ketika kami menaja MU, saya
 dan Kamarudin ke Old Trafford, kami tidak menonton perlawanan, kami 
menonton papan iklan… hahaha wow Air Asia.. haha.
Kami bawa pasukan MU dalam 
penerbangan kami. Itulah kali pertama semua pemain hendak ikut serta 
dalam program bersama penaja, kerana apa? Kerana ada 25 gadis cantik 
(kabin krew Air Asia) yang melayan mereka sepanjang penerabangan.
Sebagai pembuka tirai 2011, saya memilih untuk menulis mengenai jenama 
bisnes dari negara kita sendiri yang telah menjadi jenama bertaraf 
global dalam tempoh kurang dari 9 tahun iaitu syarikat penerbangan 
tambang rendah AirAsia.
Pada tahun 2001, syarikat ini bernilai hanya RM1.00, dibebani hutang 
sebanyak RM40 juta, mempunyai hanya dua kapal terbang terpakai Boeing 
737-300, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang 
setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.
Namun selepas 9 tahun, AirAsia bernilai hampir RM 4 billion, mencatat 
keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 
dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 
destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang 
setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, 
Thailand dan Indonesia. 
Dan apa yang lebih menarik kini ia menjadi saingan syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa utama lain yang telah lama beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific.
Ketika pengasasnya, Dato’ Seri Tony Fernandes, mengumumkan impiannya untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan tambang rendah yang pertama di rantau ini, ramai yang memandang sinis dan tidak yakin dengan impiannya itu.
Dan apa yang lebih menarik kini ia menjadi saingan syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa utama lain yang telah lama beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific.
Ketika pengasasnya, Dato’ Seri Tony Fernandes, mengumumkan impiannya untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan tambang rendah yang pertama di rantau ini, ramai yang memandang sinis dan tidak yakin dengan impiannya itu.

Tetapi selepas 9 tahun, beliau membuktikan bahawa tiada apa yang 
mustahil di dunia ini dan apa yang lebih menarik, modul perniagaan 
perkhidmatan tambang rendah AirAsia menjadi ikutan pesaing-pesaingnya 
seperti MAS yang menubuhkan Fireflyz, SIA yang menubuhkan Tiger Airways 
dan Qantas Airways yang menubuhkan Jetstar Airways.
Apakah rahsia kejayaan yang digunapakai oleh Dato’ Seri Tony Fernandes 
hingga berjaya meletakkan AirAsia di tahapnya sekarang? Adakah 
semata-mata hanya kerana tambangnya yang murah? Ataupun kerana daya 
penarik pramugari-pramugarinya yang beruniform merah?
Jawapannnya, tiada rahsia, yang ada hanyalah strategi bisnes yang tepat 
yang digunakan oleh AirAsia. Strategi bisnes AirAsia bukan sahaja 
terbatas pada strategi pemasaran dan poduk semata-mata tetapi ia 
mencakupi dari semua aspek termasuk pengurusan bisnes.
Antaranya pengurusan pasukan kerja yang berkesan. AirAsia menggelarkan 
pekerja-pekerjanya AllStars kerana bagi AirAsia faktor utama yang 
menyumbang kepada kejayaannya adalah peranan yang dimainkan oleh 
pekerja-pekerjanya.
Walau secanggih mana pun pesawat atau sistem pengkomputeran operasi yang
 digunakan oleh AirAsia ianya tidak akan bermakna apa-apa jika tiada 
pekerja yang menggerakkannya. Kerana itu AirAsia dengan bangganya 
menyatakan di dalam laman webnya seperti berikut :
“Our people are our GREATEST ASSET. They MAKE all the DIFFERENCES in the world. Our DRIVING FORCE has always been our people. From our humble beginnings to the present family size of 8,000 people, we stand UNITED and SHARE one common culture.”
Bagi melahirkan pasukan kerja yang berkesan, AirAsia bukan sahaja 
memberikan latihan yang sewajarnya kepada para pekerjanya malah AirAsia 
mengambil inisiatif menubuhkan Unit Budaya Korporat yang yang 
bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua
 pekerja.
Antara strategi yang lain adalah AirAsia memastikan pengurusan kos 
efektif. Ini kerana hanya dengan melalui pengurusan kos yang efektif 
sahaja yang akan membolehkan AirAsia terus menawarkan harga tambang 
penerbangan yang rendah pada pelanggan-pelanggannya.
Kecekapan pengurusan AirAsia dalam mengawal kos terbukti dengan 
pengiktirafannya sebagai penerbangan tambang murah yang mempunyai kos 
terendah di dunia iaitu USD0.24 (RM0.82) untuk setiap tempat duduk.
Salah satu strategi bisnes AirAsia yang unik ialah membina hubungan 
dengan rakyat Malaysia. Setiap kejayaannya, kecil atau besar, bukan 
sahaja diraikan tetapi diwar-warkan sama ada di laman web mereka atau 
dihebahkan melalui media dan dipaparkan sebagai kejayaan rakyat Malaysia
 bersama bukannya hanya kejayaan AirAsia atau Dato’ Seri Tony Fernandes 
semata-mata.

Malah di dalam blognya, Dato’ Seri Tony sendiri menyatakan :
‘Sebagai sebuah negara, kita perlu percaya bahawa kita mampu melakukan apa sahaja. Kita mampu menjadi yang terbaik. Anak-anak kita perlu berhenti memandang tinggi kepada ikon dan individu dari negara luar seperti Manchester United, Ferrari dan Steve Jobs. Berhenti menganggap bahawa yang terbaik hanya datang dari luar negara. Kita perlu mula percaya bahawa sebagai rakyat Malaysia kita boleh. Kita boleh bersaing dan menjadi yang terbaik di dunia.’
Bagi mereka, kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi semata tetapi 
kejayaan yang mesti dikongsi bersama rakyat Malaysia kerana jenama 
AirAsia merupakan jenama Malaysia.


 
No comments:
Post a Comment