Datuk Dr. Maznah Hamid ( Iron Lady)
Nama:           Datuk Dr. Maznah Hamid
Umur:            59 tahun
Tarikh lahir:   18 April 1955
Asal:              Ayer Hitam, Jerlun, Kedah
Jawatan:        Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce
Suami:           Datuk Shaheen Mirza
Sebab-sebab saya memilih usahawan ini:
Walaupun Datuk 
Dr. Maznah Hamid seorang wanita tetapi beliau sanggup melibatkan diri 
dalam bidang pekerjaan lelaki. Pada zaman dahulu, kebanyakan lelaki yang
 melibatkan diri bidang kawalan keselamatan yang bahaya, seperti pegawai
 keselamatan, polis, bomba, dan sebagainya. Tetapi, Datuk tidak kisah 
bidang berkenaan sesuai atau tidak dengan statusnya yang sebagai wanita 
tetapi dan akhirnya Datuk telah membukitkan wanita juga boleh melibatkan
 diri dalam bidang keselamatan yang penuh dengan banyak kesusuhan dan 
bahaya. Sebab yang kedua ialah Datuk seseorang usahawanan yang berani 
kerana Datuk sanggup melibatkan diri dalam bidang yang tidak dikenali 
oleh orang lain pada 30 tahun dahulu dan berjaya menjadikan Securiforce 
sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Latar Belakang 
Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi
 Eksekutif Kumpulan Securiforce. Datuk telah membawa Securiforce yang 
tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan 
keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 
buah syarikat lain seumpamanya.
Selain
 itu, Datuk kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 
6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan
 van kalis peluru. Hal yang paling membanggakan ialah van kalis peluru 
tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Di 
samping itu, ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan 
Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut 
merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech 
cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai
 perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang 
lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’. 
Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), Datuk telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.
Hasil daripada kegigihan Datuk 
dan pasukannya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa 
buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan. 
Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), Datuk telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai 'success story' Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah 'modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri'.
Beliau merupakan seorang yang 
dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani 
menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip 'kita mesti 
sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita 
akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan'. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang. 
Beliau merupakan seorang 
‘pendidik’ , GURU Keusahawanan serta aktivis kemasyarakatan yang 
dikenali oleh seluruh peringkat masyarakat didalam dan di luar negara. 
Berdasarkan kepada ciri-ciri kepimpinan dan keusahawanan yang begitu 
ketara pada diri beliau, beliau telah diundang untuk memperkenalkan 
rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi 
kaunselor motivasi dan 'success counsellor' dimana kita sering mendengar
 suaranya di radio dan melihat wajahnya di kaca TV. Kemunculan beliau 
yang meluas di TV1, TV2, TV3, Astro serta pelbagai bentuk media yang 
lain menambahkan populariti beliau sebagai seorang tokoh masyarakat yang
 disegani. Selain daripada itu, beliau juga merupakan pakar motivasi, 
pembangunan insan dan keusahawan serta 'success counselor' di institusi -
 institusi  pengajian tinggi.
Oleh kerana minatnya yang begitu besar terhadap pembangunan insan, beliau telah menubuhkan MMC, Maznah Motivational Centre yang
 mengelolakan seminar-seminar keusahawanan dan pembangunan insan. 
Ketahanan, ’guts feeling’, kekebalan, ’persistency’ dan ‘sustaining 
power’ yang beliau miliki merupakan aset utama diri beliau dan itulah 
yang cuba diterapkan kepada orang ramai melalui seminar ”ZERO TO HERO” dan ’AWAKEN THE SPIRIT OF ETREPRENEURSHIP/INTRAPRENEURSHIP’. Melalui seminar ini, beliau ingin membangkitkan dan menyerapkan semangat keusahawanan ke dalam diri setiap insan.
Beliau telah berjaya menerbitkan buku bertajuk 'MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN' (versi Melayu dan Mandarin),
 Buku Mini Siri Rahsia 3K – Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan serta 
menerbitkan Album Motivasi Musikal 3K yang mendapat sambutan hangat 
berdasarkan kepada pengalaman serta prinsip-prinsip yang menjadi amalan 
kepada dirinya di dalam usahanya memburu kejayaan. 
Beliau juga memiliki Phd, Ijazah 
Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi 
dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York 
dan juga Presiden, Malaysian Association of Professional Speakers 
(MAPS). MAPS kini merupakan Ahli International Federation for 
Professional Speakers (IFFPS). 
Datuk juga merupakan seorang 
wanita yang sangat aktif di dalam persatuan dan memegang berbagai 
jawatan. Di atas kecemerlangan dan ketokohannya, Datuk telah dikurniakan
 anugerah-anugerah berikut:
- Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri - PDL.
- Anugerah Tokoh Usahawan – DPMM (WP) – 1990
- Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim -Avon
- Anugerah Wanita Kehormat - Universiti Putra Malaysia
- Anugerah Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
- Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 – Majalah Her World
- Anugerah Wanita Kedah Cemerlang 2006 – Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
- Tokoh Usahawan 2006 – DPMM – Kedah
- Anugerah BrandLaureate –SMEs, Brand Personaliti 2007 – (The Asia Pacific Brand Foundations - APBF)
- Anugerah Ibu Usahawan 2008 – AVON
- Anugerah Ijazah Kehormat Keusahawanan 2008 – Help University
- Anugerah ‘Tribute to Women 2008’ – (Usahawan)
- Anugerah Usahawan Luarbiasa – National Women Entrepreneurs Award 2008 - (NWEA - SMIDEC)
- Anugerah Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York
- Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis)
- Anugerah Platinum Entrepreneur Award 2011 – SME Recognition Award 2011
- Anugerah Tokoh Ibu Harmoni 2012 – Utusan Karya
Beliau adalah ibu kepada 5 orang 
anak dan 4 cucunda. Keluarga merupakan pemangkin utama kejayaan dan 
sumber inspirasi beliau. Malahan anak-anak juga telah dilatih serta 
diterapkan semangat keusahawanan semenjak awal lagi. Demikianlah 
diantara simbol kejayaan beliau sehingga beliau dianggap sebagai model 
usahawan yang berjaya dan dikagumi masa kini. Maka tidak asinglah jika 
beliau diberi gelaran “THE IRON LADY”.
Bagaimanakah Datuk membangunkan perniagaannya ?
Sedikit
 sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan 
beliau memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan kawalan 
keselamatan. Tahukah anda beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa 
memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada tahun 1981.Pada awal 
pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun padang sebagai 
pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill collector,peronda dan
 pengawal keselamatan sendiri.
Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.
Rancakkan pembangunan berprestasi tinggi
Memiliki kediaman yang mampu milik, selesa dan mendamaikan di kawasan bandar menjadi idaman setiap warga kota di mana-mana negara.
Untuk memenuhi cita rasa pengguna, pemaju hartanah, Danau Lumayan tampil
 untuk membangunkan tanah seluas 41.3 hektar di Bandar Tun Razak, 
Cheras, Kuala Lumpur sejak Jun 2000.
Pengerusi Danau Lumayan Sdn Bhd (DLSB), Datuk Dr Maznah Hamid berkata, 
sehingga kini, Danau Lumayan telah menyiapkan lebih 3,000 unit kediaman 
apartmen, kondominium dan pembangunan komersial.
Menurutnya, DSLB mempunyai rekod baik dan terbukti menyiapkan dan 
menyerahkan kesemua unit iaitu 6 bulan lebih awal daripada tarikh 
penyerahan projek, bersama Sijil Layak Menduduki (CF).
“Ini secara langsung dapat mewujudkan kepercayaan dan keyakinan pihak 
pembeli yang kebanyakannya terdiri daripada pembeli projek Danau Lumayan
 sebelum ini.
“Kami menggunakan bahan binaan dan kemasan dalaman berkualiti tinggi, 
yang setaraf dengan kemasan projek bertaraf tinggi juga eksklusif,” ujar
 anak kelahiran Kedah ini.
Perkembangan projek di sekitar Bandar Tun Razak mendapat sambutan tinggi
 dan positif daripada pembeli. Ini disebabkan lokasi yang strategik dan 
potensi nilai hartanah yang semakin meningkat di kawasan tersebut kerana
 jaraknya hanya 5km dari KLCC.
Sasar jualan RM560 juta
Untuk perancangan tahun ini, DLSB melaksanakan beberapa pembangunan berkonsepkan komersial yang dijangkakan akan memulakan pembinaan pada suku ketiga 2013, iaitu Lot 8 dan juga Lake Avenue.
Pada Ogos 2012, DLSB telah melancarkan projek Kondominium Suasana sebanyak 900 unit dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM280 juta. Pada tahun ini, DLSB akan melancarkan pula 350 unit kediaman dan komersil dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM160 juta.
“Pada tahun hadapan, kami begitu optimis untuk melancarkan projek pembangunan bercampur yang merangkumi servis apartmen, hotel, rumah kedai dengan GDV RM400 juta”, tambah beliau dengan penuh yakin.
Beliau menambah, DLSB memiliki kepakaran projek pembangunan serta pembinaan. Tenaga kerja terdiri daripada kalangan mereka yang arif dalam bidang pembinaan dan ini memudahkan perancangan jangka panjang syarikat.
Ditanya mengenai cabaran syarikat dalam menawarkan perkhidmatannya, Maznah berkata, sejak kebelakangan ini harga tanah di sekitar Lembah Klang telah meningkat dengan mendadak.
“Begitu juga dengan kenaikan harga bahan binaan. Ini secara langsung akan memberi kesan kepada kenaikan harga hartanah terutamanya di sekitar bandar besar seperti di Lembah Klang.
“Namun begitu pihak syarikat sedaya upaya cuba agar harga pembangunan dikekalkan rendah serta mampu dimiliki ramai. Usaha sama dengan pihak DBKL dilihat sebagai strategi yang baik dalam usaha syarikat mencapai aspirasi tersebut,” ujarnya yang juga penulis buku Motivasi Memburu Kejayaan: 3K.
Sasar jualan RM560 juta
Untuk perancangan tahun ini, DLSB melaksanakan beberapa pembangunan berkonsepkan komersial yang dijangkakan akan memulakan pembinaan pada suku ketiga 2013, iaitu Lot 8 dan juga Lake Avenue.
Pada Ogos 2012, DLSB telah melancarkan projek Kondominium Suasana sebanyak 900 unit dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM280 juta. Pada tahun ini, DLSB akan melancarkan pula 350 unit kediaman dan komersil dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM160 juta.
“Pada tahun hadapan, kami begitu optimis untuk melancarkan projek pembangunan bercampur yang merangkumi servis apartmen, hotel, rumah kedai dengan GDV RM400 juta”, tambah beliau dengan penuh yakin.
Beliau menambah, DLSB memiliki kepakaran projek pembangunan serta pembinaan. Tenaga kerja terdiri daripada kalangan mereka yang arif dalam bidang pembinaan dan ini memudahkan perancangan jangka panjang syarikat.
Ditanya mengenai cabaran syarikat dalam menawarkan perkhidmatannya, Maznah berkata, sejak kebelakangan ini harga tanah di sekitar Lembah Klang telah meningkat dengan mendadak.
“Begitu juga dengan kenaikan harga bahan binaan. Ini secara langsung akan memberi kesan kepada kenaikan harga hartanah terutamanya di sekitar bandar besar seperti di Lembah Klang.
“Namun begitu pihak syarikat sedaya upaya cuba agar harga pembangunan dikekalkan rendah serta mampu dimiliki ramai. Usaha sama dengan pihak DBKL dilihat sebagai strategi yang baik dalam usaha syarikat mencapai aspirasi tersebut,” ujarnya yang juga penulis buku Motivasi Memburu Kejayaan: 3K.
Kejayaan Securiforce
Maznah yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce berkongsi pengalamannya dalam membangunkan syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan terbesar di negara.
Securiforce yang beroperasi sejak 1981, menawarkan pakej keselamatan yang lengkap dengan menampilkan konsep ‘total security’.
Antara jenis perkhidmatan keselamatan seperti pengawal statik, pengawal bersenjata, transit tunai, logistik, pengurusan kargo berteknologi tinggi dan perkhidmatan keselamatan elektronik.
Wanita Besi ini berkata, Securiforce kini mempunyai 65 cawangan di negara ini dan 6,500 kakitangan. Securiforce kini melebarkan sayap perniagaan ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (ejen penghantaran darat, laut dan udara). Perkhidmatan syarikat tersebut telah berkembang ke rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Cawangan Securiforce Logistik dibuka di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.
Hasil usaha berterusan syarikat, pihak Danau Lumayan kini sedang dipertimbangkan untuk sama-sama membangunkan projek perumahan mampu milik yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Keupayaan Danau Lumayan bukan sahaja dilihat setanding, malah lebih baik daripada sebahagian pemaju tersohor yang wujud di negara ini, terutama di dalam projek perumahan mampu milik.
Harapan Danau Lumayan di masa hadapan adalah untuk membangunkan sebuah bandar baru berteknologi tinggi di pinggiran Kuala Lumpur atau mana-mana bandar besar di dalam negara ini.
Hasrat ini boleh dicapai sekiranya suatu kerjasama erat dapat diadakan bersama pihak kerajaan pusat mahupun negeri dalam membentuk projek pembangunan secara usaha sama. Perancangan ini adalah berbentuk jangka panjang dan usaha ke arah tersebut sedang giat dilaksanakan.




 
No comments:
Post a Comment