Datuk Steven Sim
Nama: Datuk Steve Sim
Umur: 55 tahun
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Jawatan: Pengasas Secret Recipe
Sebab-sebab saya memilih usahawan ini :
Datuk berjaya
membawa pencuci mulut yang mendapat sambutan yang sangat baik di
masyarakat barat kepada masyarakat Melayu yang suka makan kerepek atau
yang tidak suka produk Barat. Tetapi, Datuk telah memilih kek sebagai
produk utamanya kerana masyarakat Melayu, Cina, India sama ada Barat
akan membeli kek untuk pelbagai tujuan, iaitu menyambut hari jadi, Hari
Ibu, Hari Bapa atau menyambut sesuatu kejayaan. Selain itu, Datuk juga
memperkenalkan konsep baru, iaitu Secret Recipe bukan menjual kek sahaja
dan juga menjual nasi, pasta, mee dan sebagainya. Datuk juga
memperkenalkan konsep kedai makan yang baru di Secret
Recipe. Konsep
kedai makan kebiasaan dikenalkan di restoran tetepi bukan di kedai kek.
Datuk telah memperkenalkan konsep yang baru dan unik dan Datuk juga
bekerja keras demi menunaikan konsep walaupun perjalanan untuk
menunaikan konsep tersebut sangat susah dan Datuk telah membuktikan
konsep beliau dengan kejayaan. Inilah sebab-sebab saya memilih Datuk
Steven Sim, pengasas Secret Recipe.
Latar Belakang
MENAUNGI
kira-kira 3000 pekerja di seluruh negara - 95 peratus rakyat tempatan,
selebihnya dari negara jiran. Lebih menarik lagi 98 peratus daripada
keseluruhan pekerjanya Melayu beragama Islam. Angka itu membuatkan
keterujaan mahu menyelongkar di sebalik nama Datuk Steven Sim
meluap-luap. Tidak banyak tulisan mengenainya sedangkan jenama Secret
Recipe yang diasaskan beliau membina nama ke peringkat antarabangsa.
Secret Recipe lebih menonjol daripada tuannya - kesempatan bersembang
dua jam dengan Steven cukup untuk menjawab perbandingan tersebut.
Anak kelahiran
Kota Baharu, Kelantan itu hakikatnya amat merendah diri. Prinsip
hidupnya antara lain jangan tamak. ''Kita dilahirkan kosong, bila mati
pun tak bawa apa-apa,'' kata anak bongsu lapan beradik yang
mengkategorikan kehidupan masa kecilnya susah. Suasana kampung sarat
dengan kekurangan menjadikan Steven manusia kreatif. Semua permainan
dibuat sendiri. Jika budak-budak lain membuat wau biasa, Steven menambah
nilai misalnya memastikan wau hasil tangannya mempunyai bunyi
berdengung. Untuk bermain hoki pelepah kelapa 'dikemaskan' manakala biji
getah digosok hingga licin sehingga ada rakan tertarik lalu membelinya
selain aktiviti menangkap ikan yang kemudiannya juga menjadi hasil
jualan.
Majoriti rakan
Steven berbangsa Melayu sementelah dia sendiri membesar di perkampungan
Melayu. Hubungan dengan jiran biar berbeza bangsa sangat rapat, manakala
di kalangan rakan-rakan tidak pernah berbangkit soal tidak boleh
bermain bersama semata-mata kerana 'aku Melayu dan engkau Cina'.
Mengakui
dilahirkan dengan bakat berniaga, bagi Steven jiwa keusahawanan bukanlah
sesuatu yang boleh dipelajari atau boleh dibuat-buat. Sebagai anak
bongsu dia sering mempertahankan haknya, lantang meluahkan perasaan.
''Anak bongsu biasalah abang-abang suka mengusik, buli. Tetapi saya ada
keberanian untuk bersuara,'' katanya.
Pernah
bercita-cita mahu menjadi Pereka Hiasan Dalaman, namun siapa sangka
rezeki Steven melimpah-ruah dalam bidang perniagaan makanan. Itu pun
bukan pekerjaan pertamanya. Dia pernah berkhidmat dengan syarikat
antarabangsa dalam bidang pemasaran dan jenama khusus menyelia rangkaian
pejabat di negara-negara Asia Pasifik. Banyak yang dipelajari
terutamanya apabila berpeluang melawat pelbagai negara sepanjang
kariernya itu. Steven gemar melancong namun dia tidak mahu pulang
kosong. Dia menjadi pemerhati kepada gaya hidup masyarakat di negara
yang dilawatinya. Setiap persoalan seperti mengapa penduduk Dubai makan
lewat malam, penduduk Australia cepat menghabiskan kerja dianalisis dan
dicari jawapan.
Ditanya
bagaimana Secret Recipe bermula, Steven mengimbas kenangan kira-kira 14
tahun lalu di mana dia dan tiga anak saudaranya memulakan perniagaan kek
dan kopi menggunakan konsep baru. ''Ketika itu saya merasakan ada
sesuatu yang kurang dalam perniagaan makanan di negara kita. Kita ada fine dining di hotel-hotel, manakala kedai makan biasa selalunya serba ringkas dan kurang menjaga kebersihan.
''Tidak ada casual dining di
mana kita boleh menikmati hidangan sambil bersantai dalam suasana yang
menarik dengan harga makanan tidak terlalu mahal,'' katanya.
Dari situ
bermulalah premis pertama Secret Recipe di SS2 Petaling Jaya. Anak
tangga pertama tidak mudah didaki lantaran tiada siapa tahu tentang
jenama itu. Oleh kerana tidak cukup modal untuk mengiklankan tentang
outlet pertama, Steven melakukan pemasaran sendiri menawarkan kopi
percuma. Ternyata ada perkembangan positif, daripada menikmati kopi
percuma pelanggan mencuba pula kek-kek yang dijual di situ. Steven tidak
lupa pengalaman yang mendedahkan Secret Recipe kepada dunia sebenar.
Seorang wartawan dari majalah KL Vision mencuba kek kejunya dan
mencadangkan supaya dia menyertai pertandingan kek keju tahunan. Apabila
tiba hari pertandingan Steven langsung tidak membuat persiapan kerana
terlupa tarikh yang dimaklumkan kepadanya. Dia cuma menghantar kek keju
biasa dan tidak menaruh harapan untuk menang. ''Semasa itu peserta
terdiri daripada chef-chef hotel terkenal, sedangkan Secret Recipe tak
ada siapa pun yang kenal, hakim-hakim pun tak tahu tentang kami,''
katanya tidak menyangka ketika itu kek keju Secret Recipe memenangi
Grand Champion. Selepas itu anugerah yang diterima Secret Recipe tidak
terhitung. Terlalu banyak dan pelbagai sehingga memupuk kepercayaan dan
keyakinan pengguna terhadap jenama tersebut.
Ditanya tentang
nama Secret Recipe, Steven berkongsi cerita. Katanya, dia sememangnya
seorang yang suka bekerja. Otaknya juga tidak berhenti bekerja walaupun
ketika tidur. Lebih menarik lagi, di sisi katilnya mesti ada kertas dan
pen. Tangannya akan menulis apa yang tercetus semasa tidur. Itu
keistimewaan bapa kepada lima anak itu. Dia memberitahu nama Secret
Recipe diperoleh semasa di Hong Kong. Seperti biasa bangkit daripada
tidur dia membelek kertas kecil di meja sisi dan perkataan Secret Recipe
tertera di situ.
Perkembangan Secret Recipe yang memberangsangkan memberi idea kepada Steven
untuk memfrancaiskan jenama tersebut. Bermula dengan saudara mara dan
rakan-rakan rapat, Steven secara perlahan-lahan menyerahkan kepercayaan
kepada sesiapa saja yang memenuhi kriteria untuk menyertai francais
Secret Recipe. Kini terdapat kira-kira 200 outlet di seluruh negara. Dia
yang masih belum berpuas hati mahu mengembangkan jenama makanan
Malaysia ke luar negara.
''Kita lihat
masyarakat antarabangsa mudah mengenali makanan Thai, Jepun, Vietnam,
China dan sebagainya tetapi makanan Malaysia sukar menembusi imej
antarabangsa.
''Dari situ
lahir keinginan saya untuk meneroka pasaran luar biar pun saya telah
menjangkakan cabaran yang dihadapi bukan sedikit,'' katanya.
Steven
berkongsi pengalaman memperkenalkan Secret Recipe di negara jiran
Singapura. Hasrat membuka outlet di Orchard Road kecundang lantaran
jenama Malaysia dipandang rendah. Tidak berputus asa dia mencuba di
kawasan lain di republik itu ternyata sambutan yang diterima amat
menggalakkan. Tatkala berjaya mencipta nama di situ, Steven ditawarkan
ruang perniagaan di Orchard Road. Tidak terhenti di situ, dua kali dia
didatangi pihak pelaburan Singapura mencadangkan supaya ibu pejabat
Secret Recipe dipindahkan ke negara itu. Pelbagai tawaran menarik turut
mengiringi jemputan tersebut. Namun jati diri anak Kelantan itu ternyata
kukuh, tidak mudah terpesona dengan tawaran yang sememangnya tidak
diperoleh di negara sendiri.
Kini dengan
pasaran menjangkau ke China, Australia, Filipina, Thailand, Brunei,
Indonesia dan beberapa negara lagi, percaturan Steven bersama tiga anak
saudaranya pada tahun 1997 untuk mengangkat jenama Malaysia ternyata
tidak silap. Dia juga bersungguh-sungguh memastikan jenama Malaysia itu
membawa sijil Halal biar di mana saja ia dibuka lantaran percaya
industri makanan halal amat luas untuk diteroka. Umat Islam ada di mana
saja untuk menikmatinya selain orang bukan Islam yang juga percaya
kepada kebersihan produk Secret Recipe selain kualiti hidangan yang
disajikan.
Bagaimanakah Datuk memulakan perniagaan beliau?
Semasa
diawalkan pembukaan, Secret Recipe kurang mendapat sambutan. Oleh itu,
beliau mengedarkan flyers yang tertera "free coffee" dengan berjalan
kaki. Seperti yang kita sedia maklum masyarakat Malaysia sukakan benda
yang percuma. Ole itu, ramai pelanggan datang ke warung Secret Recipe
mencuba pelbagai kek yang ada. Dato Steven Sim mengambil peluang
tersebut untuk mendapat maklum balas kepuasan pelanggan, dan daripada
komen-komen yang diberi beliau mengubah kek-kek tersebut mengikut cita
rasa masyarakat Malaysia.
Bagaimanakah Datuk mengembangkan perniagaan beliau?
Kini terdapat 270 kafe Secret Recipe di lapan buah negara termasuk di Australia dengan lebih 3,500 pekerja. Secara puratanya, kesemua kafe Secret Recipe mencatat jualan sebanyak RM400 juta setahun. Daripada jumlah ini, RM150 juta dijana oleh 50 cawangan yang dimiliki sendiri oleh Secret Recipe, dengan catatan untung bersih sebanyak RM20 juta.
Bagaimanakah Datuk mengembangkan perniagaan beliau?
Kini terdapat 270 kafe Secret Recipe di lapan buah negara termasuk di Australia dengan lebih 3,500 pekerja. Secara puratanya, kesemua kafe Secret Recipe mencatat jualan sebanyak RM400 juta setahun. Daripada jumlah ini, RM150 juta dijana oleh 50 cawangan yang dimiliki sendiri oleh Secret Recipe, dengan catatan untung bersih sebanyak RM20 juta.
Apakah resipi rahsia Steven Sim, seorang usahawan yang ‘low profile’, dalam membangunkan jenama Secret Recipe hingga mencapai tahapnya sekarang?
#1 - Pilih produk yang tepat untuk pasaran
Steven Sim
memilih kek sebagai produk utamanya kerana walau pun ia berasal dari
Barat, ia merupakan makanan universal dan terdapat dalam setiap
kebudayaan, bangsa dan negara.
Ia merupakan
produk yang mudah dan juga tergolong dalam kategori produk yang
menyeronokkan, serta diminati setiap orang tidak kira kanak-kanak,
remaja, orang muda mahupun orang tua.
#2 – Perkenalkan konsep yang unik dan baru
Steven Sim
mengambil keputusan untuk menceburi bisnes ini apabila mendapati
terdapat kekurangan yang ketara, dalam konsep kafe yang menawarkan
suasana menikmati hidangan yang kasual dan santai pada ketika itu.
Pada waktu itu,
konsep kedai makan adalah lebih kepada restoran, warung atau restoran
makanan segera bagi pasaran pelanggan berpendapatan sederhana, dan hotel
atau restoran mewah bagi pasaran pelanggan berpendapatan tinggi.
Steven Sim
mengenalpasti kekosongan ini sebagai peluang, dan mengambil risiko
memperkenalkan konsep menikmati hidangan dalam suasana kasual, santai
namun elegan.
#3 – Bina pasukan kerja yang berkemahiran
Pada peringkat
awal, Steven Sim bekerjasama dengan tiga orang anak saudaranya untuk
memulakan bisnes. Ketiga-tiga anak saudaranya mempunyai kemahiran dalam
bidang pembuatan kek, dan membangunkan produk-produk baru yang mampu
menarik perhatian dan selera pelanggan.
Manakala Steven pula mempunyai kemahiran dalam bidang pemasaran, penjenamaan dan khidmat pelanggan.
#4 – Hasilkan perancangan yang jelas
Pada peringkat awal, Steven Sim memfokuskan pada strategi membina jenamanya untuk
membezakan Secret Recipe dengan pesaing. Ini termasuklah mencipta logo,
memilih warna korporat bisnes, memperincikan strategi pemasaran,
menghasilkan uniform pekerja, merekabentuk paparan menu hidangan,
menetapkan hiasan dalaman (interior design) kafe, dan mewujudkan standard bagi khidmat pelanggan.
Menurut Steven
Sim, membina jenama yang berjaya dan bertahan lama memerlukan usahawan
mengenalpasti kekuatan yang ada pada jenamanya, memfokuskan strategi
pada kekuatan tersebut, dan membinanya secara konsisten.
Sejajar dengan
kemajuan bisnes yang mempunyai 15 cawangan pada tahun 2000, Steven Sim
menawarkan pula francais kepada usahawan yang berminat kerana beliau
yakin, itu merupakan strategi terbaik untuk mengembangkan bisnesnya.
#5 – Sesuaikan produk dengan ‘selera’ tempatan
Sebelum
memasuki sesuatu pasaran di negara baru, Steven Sim akan melakukan
kajian pasaran berkaitan gaya hidup, pembezaan budaya, jenis makanan
utama dan budaya pemakanan masyarakat di negara tersebut. Ini bagi
memastikan produk Secret Recipe mudah diterima oleh masyarakat tempatan
tersebut.
Contohnya,
produk Secret Recipe bagi pasaran Thailand dan Indonesia lebih pedas,
berbanding di Malaysia. Manakala bagi pasaran China, Secret Recipe
memperbanyakkan menu berasaskan mee seperti char kuey teow, mee Hokkien
dan mee Kantonis.
#6 – Jaga kualiti produk
Sebagai sebuah
jenama yang mempunyai kehadiran di pelbagai negara, cabaran paling besar
yang dihadapi oleh Steven Sim adalah memastikan kualiti produk yang
konsisten, di setiap cawangan terutamanya rasa bagi setiap menu (kecuali
menu yang perlu diubahsuai berdasarkan citarasa tempatan).
Untuk tujuan
ini, Steven Sim mewujudkan sistem pengurusan seperti mewujudkan pasukan
pengurus-pengurus francais, yang bertanggungjawab memeriksa tahap
kualiti produk secara kerap, di setiap cawangan dan menjalankan latihan
pekerja.
Pasukan
pengurusan ini hanya dipertanggungjawabkan untuk fokus dalam membantu
setiap cawangan francais, untuk memastikan setiap darinya mencapai tahap
kualiti yang ditetapkan.
#7 – Berfikiran besar
Walaupun telah
mempunyai 15 cawangan pada tahun 2000, termasuk satu di Singapura,
Steven Sim tidak berpuas hati dengan hanya mencapai tahap itu. Pada
tahun yang sama beliau mengorak langkah untuk membina Secret Recipe
menjadi jenama global, dengan meneroka pasaran Thailand.
Seperti yang dinyatakan di awal artikel, kini terdapat 270 cawangan Secret Recipe di mana 80 darinya terletak di luar negara.
Dan untuk dua
tahun yang akan datang, Steven Sim telah merancang untuk meluaskan
jenama Secret Recipe ke Kemboja, Vietnam dan Timur Tengah.
#8 – Percaya pada diri sendiri
Sebelum menjadi
usahawan, Steven Sim pernah memegang beberapa jawatan tinggi seperti
pengarah urusan Modern Mum Sdn Bhd, pengarah Tony & Guy Hairdressing
dan pengarah pemasaran Tigi Asia Pty Ltd dengan gaji mencecah lima
angka.
Walaupun telah selesa dengan kedudukannya ketika itu, beliau percaya dengan kemampuan dirinya untuk menjadi usahawan yang berjaya, dengan menjadi kreatif dan mencipta sesuatu yang disukai orang ramai.
Steven Sim
percaya antara kriteria penting untuk menjadi usahawan adalah
mempercayai rasa hatinya, dan perlu mengelakkan diri dipengaruhi oleh
pendapat orang sekeliling. Bagi beliau, apabila kita telah yakin dengan
apa yang kita mahu lakukan, terus lakukannya tanpa bertangguh.
Steven Sim
menekankan beliau bukan dilahirkan di dalam keluarga yang berada, dan
beliau telah mempelajari kemahiran serta mendapat pengalaman dengan cara
yang tidak mudah. Namun bagi beliau, bekerja kuat sahaja tidak
mencukupi, seseorang usahawan itu perlu bekerja dengan bijak (work smart),
pandai mengurus masa, tahu mengenai pengurusan kewangan, memenuhi
setiap janji dan mempunyai nyalarasa (passion) pada bisnesnya.
Setelah
Starbucks Corp mengurangi bisnesnya di Australia, seorang pengusaha
Malaysia mencari peluang untuk mengisi kekurangan itu, memulainya dengan
masyarakat kafe di Melbourne.
“Secret Recipe
Cakes & Cafe Bhd akan membuka restoran keduanya di kota di selatan
Australia itu bulan April ini. Diharapkan dalam lima tahun mendatang, 50
kafe serupa akan dibuka di seluruh Australia,” kata Steven Sim, pemilik
dan pengelola jaringan Secret Recipe yang berkantor di Kuala Lumpur,
Malaysia itu.
“Australia
merupakan pasar yang sangat kompetitif namun kami percaya ini hanya
masalah waktu kami dapat beradaptasi dengan selera lokal,” tandas Sim,
CEO Secret Recipe Cakes & Cafe Bhd melalui telepon dari Kuala
Lumpur, Jumat (9/4/10) kepada Bloomberg. “Populasi terus tumbuh dengan
migrasi dari Asia. Dan bagi kami, ini merupakan batu loncatan untuk
menuju negara-negara Barat seperti Amerika Serikat dan Eropa,” lanjut
Sim.
Sim bertujuan
agar bisnisnya di Australia ini berhasil sementara saingannya
terjungkal. Starbucks mengatakan akan menutup 61 dari 84 kafe di
Australia pada Juli 2008 setelah gagal menyodorkan budaya ngopi gaya
Eropa ke Australia karena di negeri ini banyak kafe yang menjual kopi
dengan harga lebih murah. Pada saat itu, CEO Starbucks Howard Schultz
menyebutkan, “tantangan unik” masuk Australia dan tak ada pasar lain
yang dibutuhkan “yang ditangani dengan cara ini”.
Sim (51)
mendirikan Secret Recipe di Petaling Jaya, di negeri Selangor, Malaysia
tahun 1997 dan telah membangun jaringan kafe terbesar di kawasan Asia
Tenggara. Pemegang saham terbesar, Sim, memiliki 35 persen saham,
sedangkan sisanya milik anggota keluarganya.
Steven Sim kini
memiliki 240 outlet di Singapura, China, Thailand, Indonesia, dan
Filipina. Kafe pertamanya yang dibuka di Australia, berlokasi di
pinggiran kota Melbourne akhir Februari lalu dan kafe kedua akan dibuka
akhir bulan April ini di sebelah tenggara kota Melbourne.
Sim mengatakan
Secret Recipe akan lebih baik dibandingkan Starbucks di Australia dan
mencoba merebut hati pencinta kopi, membuat kopi yang tidak terlalu
manis, menyesuaikan dengan menu lokal dengan harga murah.
“Kopi kami
sebaik kopi di Australia,” kata Sim lagi. “Dan sebagaimana menyajikan
kopi yang baik, kami juga menghidangkan kue dan makanan ringan. Harga
kami 15-20 persen lebih rendah dibandingkan Starbucks dan Gloria
Jean’s,” ungkapnya. Sim juga menegaskan bahwa Secret Recipe akan
menyajikan wine dan bir ringan karena, “wine di Australia merupakan
suatu keharusan”.
“Banyak orang
Australia mendidik diri mereka sendiri soal pengetahuan tentang kopi dan
mengonsumsi kopi yang lebih baik,” kata Ross Quail, Presiden The
AustralAsian Speciality Coffee Association, dalam wawancara melalui
telepon dari Melbourne. “Masih banyak ruang untuk tumbuh,” katanya.”
Anggota asosiasi AASCA ini meningkat tiga kali lipat dalam 12 bulan
terakhir menjadi 300 orang,” katanya.
Selera
orang-orang Australia pada kopi dimulai pada saat muncul gelombang
imigran yang tiba setelah Perang Dunia II, terutama dari Yunani dan
Italia. Sejak tahun 1980-an, minum menjadi berkembang, terutama di
Melbourne, sebuah kota trem, yang dipenuhi dengan restoran di tepi jalan
dan arsitektur bergaya Eropa.
Secret Recipe
milik Sim menggunakan warna merah menyala dengan desain yang sederhana,
menyajikan kopi Eropa yang keras dan pastries dari makanan Asia
Tenggara. Kafe Secret Recipe di China menghadirkan laksa, noodle soup
Malaysia yang spicy.
Jaringan outlet
pertama di Melbourne di kawasan ellit Chapel Street, menjual nasi lemak
khas Malaysia. Restoran ini tidak menjual nasi karena mudah diperoleh
di banyak tempat di Melbourne.
Secret Recipe
menghabiskan 3 juta dollar Australia (atau 2,8 dollar AS) untuk tiga
kafe pertamanya di negeri kanguru itu dan menggunakan dana sendiri. Di
Asia, perusahaan ini membuka lima kafe dalam sebulan. Pada tahun 2009,
Secret Recipe mencetak keuntungan 20 juta ringgit Malaysia (sekitar 6,2
dollar AS) dari pendapatan 200 juta ringgit. Kafe Secret Recipe ketiga
di Australia akan dibuka di pusat perbelanjaan di Melbourne pada bulan
Juni mendatang, kata Sim.
Secret Recipe,
yang memiliki sertifikat Halal, akan menyajikan menu yang pas dengan
orang Australia. “Selera Australia sangat berbeda dengan selera Asia,
tidak terlalu manis,” kata Ming Low, Direktur Secret Recipe wilayah
Australia. “Jadi kami akan mengubah resep kami untuk hal-hal seperti
saus Napolitana. Kue dengan kadar gula yang rendah ditujukan bagi
pelanggan yang sadar kesehatan di Asia. Kue ini juga populer di
Australia,” kata Low.
McDonald’s Corp
akan melakukan sesuatu yang lebih tahun ini untuk mengadaptasi
menu-menu lokalnya ke selera Asia, seperti menambah bumbu yang spicy
pada burger. Tim Fenton, Kepala Bisnis Regional McDonald’s dalam
wawancara bulan lalu. KFC Corp, yang dimiliki Yum! Brands Inc,
menghidangkan bubur dan kue tart telur di restoran mereka di China.
Starbucks yang
bermarkas di Seattle, AS, operator toko kopi terbesar di dunia, membuka
kafe pertama di Australia pada Juli 2000 di kawasan bisnis di kota
Sydney. Namun Starbucks mengalami kerugian pertama kali pada tahun 2008
dalam 16 tahun sebagai perusahaan publik, menyebabkan 12.000 pegawai
Starbucks kehilangan pekerjaan. Pada tahun yang sama, kondisi merugi
dialami juga Starbucks Australia.
“Sebagian besar
jaringan brand Asia yang berusaha untuk go overseas dalam bisnis
restoran, umumnya tidak berhasil karena mereka hanya membawa
bendera,”kata Joel Silverstein, Presiden East West Hospitality Group
Ltd, perusahaan konsultan restoran yang bermarkas di Hongkong. “Di
Melbourne, orang susah menjual, tapi Secret Recipe mampu melakukannya
dengan baik di Australia bila mereka tetap mengacu pada makanan Asia
dengan harga yang terjangkau,” kata Joel.