Seorang usahawan adalah seseorang yang berjaya menjalankan sesuatu
perniagaan. Mereka ini mempunyai kebolehan untuk melihat peluang yang
wujud dan membangunkan peluang itu menjadi suatu perniagaan yang
mendatangkan keuntungan. Seorang usahawan dikatakan berani mengambil
risiko tetapi bukanlah secara mendadak dan membabi buta, disebaliknya
setelah diteliti dengan cermat dan menggunakan segala pengalaman dan
kemahiran yang ada padanya. Suatu ciri perwatakan yang penting mesti ada
pada seseorang usahawan ialah sikap kesungguhan untuk berjaya.
Perdebatan
samada seorang usahawan itu dilahirkan dengan mempunyai ciri2
keusahawanan atau ciri2 itu adalah sesuatu yang boleh dipelajari masih
lagi berterusan. Tetapi pandangan secara konsesus ialah beberapa ciri
keusahawanan diperolehi oleh seseorang melalui beberapa proses seperti
cara seseorang dididik oleh keluarga, berinteraksi dengan kumpulan
rakan, alam persekolahan pembelajaran formal, jenis subjek yang
dipelajari dan alam sekeliling di dalam sesebuah masyarakat. Faktor lain
yang juga menjadi penyumbang kepada seseorang untuk menceburi bidang
perniagaan ialah boleh dikatakan sebagai “faktor mendorong”
(push factor), dimana sebabnya kerana kesusahan bagi seseorang itu
mendapat pekerjaan misalnya telah mendorong ia untuk mencuba membuat
sesuatu perniagaan dalam satu bidang yang mana ia mempunyai kemahiran
atau yang difikirkan mudah dan senang diceburi.
- Berani mengambil risiko.
- Memahami tentang perniagaannya dan pelanggannya.
- Tidak takut mengalami kegagalan, tidak senang berputus asa.
- Sentiasa mencari dan pandai mengenalpasti peluang perniagaan baru.
- Kesungguhan untuk berusaha secara terus menerus tanpa jemu.
- “Self Motivator” iaitu sentiasa mendorong diri sendiri untuk melakukan sesuatu.
- Pandai merancang kehadapan.
- Pandai menghadapi keadaan yang tidak dijangka (uncertainly).
- Kreatif dan inovatif.
- Tidak pemalu.
- Cekap berkomunikasi.
- Rajin bekerja.
- Cekap membina jaringan (networking).
- Mempunyai visi dan pandangan jauh.
- Cekap dan cepat membuat keputusan.
No comments:
Post a Comment