src="https://bitly.com/24workpng1" alt="Blogger Templates" border="0" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" > E-Station: October 2014

Monday, 13 October 2014

Konsep perniagaan "amigo shop"

Kami telah menganalisis isu yang sering dikaitkan dengan pelajar UUM untuk membangunkan idea perniagaan kami. Pada amnya, Pelajar UUM suka membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah pada waktu malam. Ramai pelajar suka membuat ulang kaji pada waktu malam kerana tiada ganguan seperti bunyi bising dan keletihan. Pelajar yang membuat tugasan pada waktu malam akan senang mengalami kelaparan berbanding pelajar yang belajar pada waktu petang. Apabila mereka mencari makanan untuk makan, mereka terpaksa memasak sendiri didalam bilik seperti masak mee segere atau membuat teh. Ini akan mengambil masa yang panjang. kadang-kadang mereka juga terpaksa menahan kelaparan kerana tiada makanan. Hal ini kerana seperti yang kita sedia maklum semua kafe dan kedai makanan dewan penginapan pelajar di UUM akan ditutup selepas pukul 11.00 malam.
Antara masalah yang ditimbul dari isu tersebut adalah pelajar terpaksa menahan kelaparan pada waktu malam. Kelaparan ini menyebabkan mereka menangguhkan tugasan tanpa menyiapkan dan mengantuk. Jika mereka ingin menyimpan makanan yang beli pada waktu petang untuk dimakan pada tengah malam kadang-kadang ia  akan basi dan dan kesejukkan. Pelajar yang tinggal di tingkat 3 dan keatas kadang-kadang malas turun kafe untuk membeli makanan. Mereka memerlukan makanan ringan yang boleh menambahkan tenaga untuk menyiapkan tugasannya pada waktu malam. Mereka lebih suka jika makanan itu sampai ke pintu bilik mereka. Mereka memerlukan memerlukan makanan yang boleh “menemani” mereka pada waktu malam.
Oleh itu, kami, ‘Amigo shop’ menganalisis masalah dan mengambil peluang ini untuk mengembangkan perniagaan baru di UUM. Amigo Shop adalah sebuah perniagaan perkongsian yang baru dengan jumlah pekongsi seramai 9 orang.  kami menjual makanan ringan yang boleh menarik minat pelanggan seperti agar-agar dan aneka jenis kek  yang terdiri daripada pelbagai perisa seperti badam, coklat, krim putih dan buah-buahan. Resipi ini adalah resipi yang unik dan berbeza daripada orang lain. Inti yang telah diletakkan diatas kek dan agar-agar telah dipilih oleh pelanggan. kami akan menyesuaikan produk kami dengan keperluan dan minat pelanggan. Kami akan menyediakan servis penghantaran dari bilik ke bilik kepada pelajar yang membuat pesanan kepada kami. Produk makanan kami akan menemani pelajar pada waktu malam. Ia akan memberi tenaga kepada pelajar terus berjuang sehingga menyiapkan tugasannya. Suatu kajian di Amerika telah membuktikan coklat meningkat daya keingatan palajar dan menghilangan rasa mengantuk semasa palajar. Produk kami membantu pelajar untuk menghilangkan rasa tidur dan memberi semangat kepada mereka. Harga bagi setiap makanan ringan adalah murah dan boleh dibeli oleh pelajar. Kami tidak akan mengenakan caj penghantaran. kami akan menyediakan produk yang diyakini halal berlandaskan motto “bersih dan diyakini”.
Visi “Amigo Shop” adalah menjadi teman sejati pelajar pada waktu malam. Makanan ringan kami seperti aneka jenis kek dan agar-agar akan membantu menemani pelajar yang menyiapkan tugasan pada waktu malam. Ia juga menyelamatkan mereka daripada kelaparan.  Misi “Amigo Shop” adalah menarik minat pelanggan melalui pengahantaran bilik ke bilik. Kami akan menentukan ejen di setiap dewan penginapan pelajar  untuk mengagihkan produk kami supaya cepat sampai kepada tangan pelanggan. Misi kedua adalah memuaskan pelanggan pelanggan dengan pilihan mereka sendiri. Kami akan menyediakan kek dan agar-agar dengan mengunakan inti yang dipilih oleh pelanggan. Produk kami adalah produk yang menyesuaikan dengan minat pelanggan. Antara menu makanan ringan yang terdapat di “Amigo shop” adalah “Thousand taste”, “Jelly crash”, “Chocolate marilo”, dan “ Delightful missisipi dan sebagainya.
         

Saturday, 11 October 2014

Aqua 40 Tahun Dokumenter

Kisah Sukses Pengusaha Jepang : Pocari Sweat [Full Movie]

PENGUSAHA JEPANG vs AKUA




Ia adalah tentang usahawan yang berusaha untuk mengembangkan produk mereka.
 
Pada mulanya, perniagaan Aqua dikenali sebagai “Puritas”, disebabkan ia susah untuk disebut, namanya ditukar kepada Aqua. Pengarah Aqua telah hantar kawan-kawannya ke Pangkor untuk belajar tentang cara membuat produk tersebut, kerana pada masa itu Jepun tidak mempunyai kemudahan tersebut. Setelah menyiapkan produk itu, mereka mengalami masalah untuk menyampaikan kepada pelanggan. Jualannya tidak mantap. Selepas tiga tahun, semua ahli lembaga membuat mesyuarat dan mengambil keputusan untuk meningkatkan harga sebanyak 30%. Langkah itu telah membuahkan hasil kepada mereka. Maka, pekerja – pekerja yang dah bersara, dan juga pesaing kepada Aqua juga telah mengucapkan tahniah kepada perniagaan Aqua untuk menyambut ulang tahun yang ke 40.

Video kejayaan pengusaha Jepung pula menjelaskan proses pembangunan produk yang baru kepada pasaran, iaitu “Pocari Sweat”. Idea ini dihasilkan daripada seorang penyelidik di organisasi itu yang pergi ke Mexico. Di sana mempunyai masalah air bersih. Maka, dia dan penolongnya membuat banyak kajian untuk menghasilkan air berkhasiat ini supaya ia merasa enak apabila diminum pada masa panas. Hal ini kerana  orang yang di bawah panas akan kehilangan air dalam badan. Maka, air ini akan memberi tenaga. Pada tahap awal, produk ini mendapat sambutan yang teruk daripada pelanggan.  Tetapi pada musim panas ramai pelanggan telah membeli pocari sweat dan penyelidik itu mendapat untung 3 kali ganda.
 
Strategi perniagaan
Kedua-dua perniagaan ini menggunakan dua strategi perniagaan yang berbeza. Perniagaan Aqua meningkatkan harga produk mereka untuk menarik tumpuan pelanggan. Apabila harga meningkat pelanggan menganggap ia adalah produk yang laris. Pada masa yang sama, ia juga memberi pulangan kepada perniagaan kerana walaupun jumlah yang dijual adalah kecil tetapi harganya tinggi.

Strategik kedua adalah mengedarkan produk dalam kuantiti yang besar di merata tempat supaya dapat pasaran. Orang pemasaran di organisasi itu sendiri pergi ke gim, padang, pusat sukan, dan sebagainya untuk menjual secara langsung kepada pelanggan. Ia masih tidak memberi kesan yang besar malah merugikan perniagaan itu. Tetapi, apabila tibanya, musim panas, permintaan untuk air itu meningkat secara drastik dan jualan juga meningkat sama dengan untung perniagaan itu. 


Kesimpulan 

            Secara kesimpulannya, dua strategi adalah berbeza walaupun dua produk adalah jenis yang sama iaitu minuman. Produk Aqua adalah produk yang memang ada dalam pasaran manakala, minuman Pocari Sweat adalah produk yang memang baru kepada pasaran. Maka, kena menggunakan strategi yang sesuai untuk produk yang dijual


Friday, 3 October 2014

Usahawan terkaya di Malaysia 2014


Top 10 individu terkaya Malaysia 2014

CARA UNTUK MEMBANGUNKAN BUDAYA KEUSAHAWANAN

Peranan Kerajaan Dan Pihak Swasta Dalam Membangunkan Budaya Keusahawanan

Kerajan Malaysia menubuhkan beberapa agensi untuk memberi bantuan dalam bidang latihan, pendidikan, kewangan bimbingan dan khidmat nasihat serta ruang niaga untuk melahirkan lebih ramai usahawan.


Pusat pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)
    • MEDEC ditubuhkan untuk mengelolakan rancangan penyelidikan, pendidikan, dan penyelenggaraan khidmat perundingan keusahawanan
    •   Pusat ini mengendalikan program latihan untuk membantu usahawan seperti program :
                    a) Latihan dan kemajuan usahawan
                    b) Pembangunan Perniagaan


    Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    • MARA ditubuhkan bertujuan membantu bumiputera dalam kegiatan perniagaan dan perindustrian. 
    • memberi latihan dan khidmat nasihat tentang keusahawanan serta bantuan kewangan melalui Skim Pinjaman MARA
          
     Institut Piwaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad)
    • SIRIM memastikan barang keluaran tempatan mencapai tahap mutu yang ditetapkan. 
    • Barang yang menepati piawaian akan diperakui dengan cap SIRIM 
    • Menyampaikan maklumat tentang penyelididkan, hasil keluaran, perubahan teknologi, pemprosesan sesuatu barang dan pasaran 
    • Menilai sesuatu keluaran baru sebelum keluaran tersebut dipasarkan


    Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)
    • PKEN ditubuhkan untuk membangunkan ekonomi negeri dengan mengusahakan syarikat perbadanan berkenaan secara usahasama dengan syarikat-syarikat tempatan atau luar negara.
    •  Membeli saham syarikat-syarikat tertentu sebagai pelaburan 
    • Menyediakan ruang niaga di lokasi yang sesuai

     UDA Holdings Berhad (UHB)
    • UDA menyedia dan melaksanakan projek dibandar bagi pembangunan, penempatan, perdagangan dan perindustrian. 
    • Menyediakan infrastruktur seperti tempat letak kereta, taman rekreasi dan ruang niaga.

    Institut Penyelididkan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)
    • MARDI menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap pengeluaran tanaman (kecuali getah dan kelapa sawit) 
    • Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap penyediaan dan pembungkusan hasil keluaran ladang serta makanan.

     Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
    • MIDA ditubuhkan untuk memaju dan menyelaraskan kegiatan pembangunan perindustrian di Malaysia.  
    • Memberi khidmat nasihat kepada kerajaan dan usahawan tentang pembangunan perindustrian
    • Mengurus permohonan lesen,dan pelepasan cukai import.


    Peranan nilai, adat dan institusi keluarga dalam keusahawanan.

    a)     Pengalaman Semasa Kanak-kanak
    • Kesan pengalaman awal seperti bekerja keras, berdikari, dan gigih akan lebih cenderung untuk membentuk sifat keusahawanan.
    • Sifat keusahawanan muncul apabila individu cuba mengawal diri dengan jaya.
    • Sentiasa mendapat peluang untuk menjadikan usaha satu kejayaan.

    b)     Desakan Ekonomi
    • Kaum pendatang yang berhijrah ke negara lain kerana peperangan, tekanan politik, ekonomi dan lain-lain
    • Pendedahan yang luas kepada persekitaran yang lebih maju dan lebih ke hadapan akan mengilhamkan idea untuk membina semangat dan kemahuan untuk turut menjadi maju.  
    • Menghasilkan budaya berusaha gigih yang menjadi ikutan turun temurun.

     
    c)     Cara dibesarkan
    • Mengikut kajian, anak kepada usahawan mempunyai kecenderungan lebih untuk menjadi usahawan.
    • Faktor pendedahan semenjak kecil dan persepsi anak tentang keusahawanan dipengaruhi oleh pemikiran bapanya. 
    • Pendedahan harian kepada aktiviti berniaga boleh menimbulkan minat seseorang terhadap bidang perniagaan.

    Budaya Keusahawanan

    Seorang usahawan adalah seseorang yang berjaya menjalankan sesuatu perniagaan. Mereka ini mempunyai kebolehan untuk melihat peluang yang wujud dan membangunkan peluang itu menjadi suatu perniagaan yang mendatangkan keuntungan. Seorang usahawan dikatakan berani mengambil risiko tetapi bukanlah secara mendadak dan membabi buta, disebaliknya setelah diteliti dengan cermat dan menggunakan segala pengalaman dan kemahiran yang ada padanya. Suatu ciri perwatakan yang penting mesti ada pada seseorang usahawan ialah sikap kesungguhan untuk  berjaya.

    Perdebatan samada seorang usahawan itu dilahirkan dengan mempunyai ciri2 keusahawanan atau ciri2 itu adalah sesuatu yang boleh dipelajari masih lagi berterusan. Tetapi pandangan secara konsesus ialah beberapa ciri keusahawanan diperolehi oleh seseorang melalui beberapa proses seperti cara seseorang dididik oleh keluarga, berinteraksi dengan kumpulan rakan, alam persekolahan pembelajaran formal, jenis subjek yang dipelajari dan alam sekeliling di dalam sesebuah masyarakat. Faktor lain yang juga menjadi penyumbang kepada seseorang untuk menceburi bidang perniagaan ialah boleh dikatakan sebagai “faktor mendorong”  (push factor), dimana sebabnya kerana kesusahan bagi seseorang itu mendapat pekerjaan misalnya telah mendorong ia untuk mencuba membuat sesuatu perniagaan dalam satu bidang yang mana ia mempunyai kemahiran atau yang difikirkan mudah dan senang diceburi.

     Beberapa ciri atau sifat yang dikaitkan dengan seseorang usahawan ialah:

    • Berani mengambil risiko.
    • Memahami tentang perniagaannya dan pelanggannya.
    • Tidak takut mengalami kegagalan, tidak senang berputus asa.
    • Sentiasa mencari dan pandai mengenalpasti peluang perniagaan baru.
    • Kesungguhan untuk berusaha secara terus menerus tanpa jemu.
    • Self Motivator” iaitu sentiasa mendorong diri sendiri untuk melakukan sesuatu.
    • Pandai merancang kehadapan.
    • Pandai menghadapi keadaan yang tidak dijangka (uncertainly).
    • Kreatif dan inovatif.
    • Tidak pemalu.
    • Cekap berkomunikasi.
    • Rajin bekerja.
    • Cekap membina jaringan (networking).
    • Mempunyai visi dan pandangan jauh.
    • Cekap dan cepat membuat keputusan.

    BUDAYA KEUSAHAWANAN

    Harian Metro 22.04.13