“Keusahawanan itu tidak dilahirkan bersama kita, tetapi ia sebenarnya dibentuk dan dipupuk dari masa ke semasa..”
Memulakan perniagaan sendiri merupakan satu “taboo” kepada para ibu bapa
 dan guru-guru pada hari ini dan ianya langsung jarang disebut dalam 
silibus pelajaran mereka di Sekolah.
Ini kerana sejak kecil lagi mereka telah menanam kepercayaan dalam diri 
anak-anak serta murid mereka supaya belajar tinggi-tinggi agar dapat 
memiliki pekerjaan serta pangkat yang tinggi dan menerima gaji besar 
setiap bulan apabila mereka dewasa kelak.
Akibatnya, tidak ramai yang mempunyai keinginan untuk menjalankan 
perniagaan sendiri, malahan rata-rata daripada mereka lebih selesa 
bekerja makan gaji walaupun Rasulullah pernah bersabda bahawa 9/10 
daripada punca rezeki datangnya daripada berniaga.
Walaupun begitu, suatu hari nanti bila sampai masanya mereka akan 
mempunyai kesedaran untuk memulakan perniagaan juga bila mereka 
menghadapi sesuatu situasi yang membuatkan mereka berubah selain 
daripada terpaksa mewarisi perniagaan keluarga.
5 Situasi Mendorong Permulaan Sesebuah Bisnes
Selain daripada minat, bakat serta peluang yang diberikan untuk 
memulakan bisnes, ramai diantara kita yang mengalami situasi tertentu 
terlebih dahulu sebelum terbuka hati untuk memulakan perniagaan sendiri.

Better late than never. Berikut antara 5 situasi teratas yang mendorong seseorang memulakan perniagaan sendiri:
#1 Kesempitan Wang
Rata-rata daripada kita yang memulakan perniagaan pada hari ini pernah 
mengalami masalah kesempitan wang. Antara punca kesempitan wang berlaku 
ialah tidak mampu membayar hutang, bil-bil rumah serta tiada wang untuk 
menyara anak dan isteri.
Akibat daripada kesempitan ini, kita akan mula mencari solusi pantas 
untuk mencari wang tanpa perlu merayu-rayu mencari kerja lain secara 
separuh masa. Dan penyelesaian yang paling berkesan ialah dengan menjual
 barangan dan memulakan perniagaan sendiri.
#2 Keinginan Mencari Duit Lebih
Harga barangan semakin lama semakin naik walaupun gaji tidak selalu 
naik. Ini bermakna kos perbelanjaan isi rumah semakin meningkat dan 
memeningkan kepala kerana duit gaji bulanan tidak lagi mencukupi untuk 
membiayai perbelanjaan harian pada masa depan.
Jadi timbullah keinginan untuk mencari duit lebih untuk menyara keluarga
 serta memberikan kebahagiaan kepada mereka. Cara yang paling baik untuk
 mencari duit tanpa berhenti kerja ialah dengan memulakan perniagaan 
sendiri kerana ia boleh dilakukan secara part-time.
#3 Tragedi Diberhentikan Kerja
Rata-rata diantara anda pasti sangat takut jika tragedi ini berlaku 
kepada diri kita anda. Ini kerana tanpa kerja, kita tidak mempunyai gaji
 dan tanpa gaji kita tidak mampu membayar segala perbelanjaan harian. 
Tetapi ia adalah hak majikan anda.
Pada zaman sekarang, agak sukar untuk anda mencari kerja kerana tahap 
pendidikan yang diperlukan agak tinggi. Jadi secara tidak langsung, 
berniaga merupakan satu-satunya perkara yang boleh anda lakukan untuk 
menyara hidup anda walaupun anda tidak mempunyai sijil.
#4 Kehilangan Segala-galanya
Selain dipecat, kehilangan segala-galanya merupakan antara ketakutan 
terbesar dalam kehidupan setiap manusia. Jika dulu anda hidup bahagia 
dengan pendapatan RM5000 sebulan, tiba-tiba anda jatuh muflis akibat 
gaya hidup anda. Ia suatu tragedi yang amat menyayat hati!
Jika anda mengalami tragedi ini dan mahu bangkit daripada kegagalan 
serta kesakitan ini, anda memerlukan satu tindakan untuk mencari duit 
kerana tiada siapa yang mahu mengambil anda bekerja dengan gaji yang 
tinggi. Jadi anda perlu mula berniaga untuk bangkit dari tragedi ini dan
 menyara kehidupan anda dengan lebih stabil.
#5 Ingin Mulakan Hidup Baru
Sebagai seorang manusia normal, kita mengimpikan kehidupan yang “sangat”
 selesa dan tidak terikat dengan masa kerja 8 pagi hingga 5 petang 
malahan kita tidak mahu lagi dimarahi pihak atasan. Setiap orang mencari
 kebahagiaan abadi dalam dalam kehidupan mereka.
Jadi memulakan perniagaan sendiri mampu mengubah kehidupan anda menjadi 
lebih bebas agar dapat mencari masa bersama keluarga tercinta. Walaupun 
perniagaan mempunyai cabaran tersendiri, ia lebih bebas daripada bekerja
 bawah orang lain kerana anda adalah bos!
Perniagaan mampu mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik dan lebih 
bebas walaupun anda tidak dilahirkan dengan bakat menjual. Sikap, minat 
dan cinta terhadap keusahawan ini boleh disemai jika anda berniat untuk 
serius dalam memulakan perniagaan sendiri.
Tidak menjadi satu kesalahan pun jika anda mempunyai Ijazah, Sarjana 
mahupun PHD dan menjalankan perniagaan sendiri. Ini kerana pelajaran 
menjadikan kita berilmu tetapi pengalamanlah sebenarnya yang menjadikan 
ilmu itu berguna.
 
No comments:
Post a Comment