
YAYASAN EMKAY diasaskan pada 12 Januari 
2001 dengan matlamat untuk meringankan beban golongan yang kurang 
bernasib baik tanpa batasan bangsa dan agama, terutama mereka yang 
tinggal di kawasan pendalaman atau jauh dari arus pembangunan.
Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Haji 
Abu Bakar ialah  Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan EMKAY manakala isteri 
beliau, Puan Sri Datin Hajah Wan Nong Haji Wan Ibrahim, merupakan salah 
seorang daripada ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan EMKAY
Program bantuan yang dikelolakan Yayasan
 EMKAY terbahagi kepada enam kategori utama iaitu penjagaan  kesihatan, 
pendidikan, keagamaan, pembangunan sukan, bantuan ke arah pembangunan 
kemasyarakatan dan ihsan serta usaha-usaha ke arah peningkatan kesedaran
 terhadap perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar.
Jumlah peruntukan bagi perlaksanaan 
program-program anjuran Yayasan EMKAY sehingga 30 Jun 2012 secara 
keseluruhannya adalah sebanyak RM 34.5 juta

 
No comments:
Post a Comment